Tahun 2011, tahun di mana aku telah memilih arah tuju hidupku ke sebuah kolej, aku sendiri tak dapat menjangka apa yang bakal terjadi tika aku di tempat barakah itu. Seribu satu rasa yang timbul kerana pada mulanya aku menganggap ia bukan pilihan tepatku.
Panorama sekeliling yang sama, jelas sekali tak membangkitkan semangat juangku, sungguh pada masa tu aku hanya harapkan satu kelainan situasi, 'different inviroment', maklum, siapa dapat bertahan setelah masa masa dihabiskan 6 tahun di situ, ditambah pula 3 tahun.
Dalam berbagai perasaan menyerang, terus ku melangkah kaki cuba sebatikan jiwa di situ kembali. Kerna jauh di sudut hati timbul satu lafaz penggerak 'Pasti ada hikmahmu di sini'. Kerna aku percaya pada lafaz tu, aku kuatkan diri pergi ke hadapan.
Hari demi hari, bulan demi bulan berlalu, aku semakin merasakan hikmahnya, hikmah yang selalu disebut dari ulu hatiku dulu. 'Belajar kerana ALLAH, melahirkan keberkatan, dan ilmu yang berkat dapat dikembangkan kepada orang lain'.
Semangat ku menggebu-gebuBagaikan pasukan yang sedang menyerbu Merah menyala di dalam kalbuKan ku raih cita-citaku walaupun terhalang rambu-rambu
Setiap hari ku buka bukuKan ku serap ilmu itu dari bukuTanpa sadar ku dapat semangat barukuTuk meraih cita-cita ku
Ilmu datang menghampirikuMenyampikan sesuatu kepadakuMenyampaikan tentang masa depanku Yang kan kuraih cita-citaku dengan sekut tenegakuBumi ini selalu berputarGuntur kan selalu menggelegarilmu ku takkan pernah pudarmembuat menyala semangat belajar