Saya menulis catatan ini untuk semua.
Dengar cerita sahabat mesir di al azhar tengah imtihan.
Suasana yang huru hara.
Harapnya semua selamat.
Ini bahagian kalian.
Hadapi ujian sebegitu.
Kami yang di sini.
Di Malaysia lain pula ujiannya.
Macamana sekalipun keadaan, kewajipan perlu diteruskan.
Catatan terakhir untuk dua ribu tiga belas.
Selamat tahun baru masihi untuk sahabat sekalian.
Jangan lupa titipkan doa.
Itu senjata kita.
Dicatit di Kampung Jambu, Pokok Sena, Kedah.
11.38 malam.
Followers
Tuesday, 31 December 2013
Wednesday, 25 December 2013
cerita sebenar aku pengawas
Seluar hitam memang tak pernah nak nampak kedut. Jadi aku
ambil keputusan untuk tak sterika. Baju warna hijau aku gosokkan ala kadar.
Imej pengawas kena jaga walaupun aku selalu curi tulang buat kerja. Sarapan
pagi hari itu roti dengan sambal ikan bilis. Roti arab katanya, aku tak tahu
mana datang nama tersebut, aku tengok roti arab dalam tivi dengan roti aku
jamah sekarang tak sama langsung.
Aku ambil port tepi kantin. Bahagian depan kantin yang
dibahagi dua untuk pelajar lelaki dan perempuan. Port tepi kantin ni macam
spesel sikit, abang abang senior selalu makan sini sebab depa makan roti arab
yang tak berapa nak arab dengan kuantiti yang lebih dari orang lain. Pelajar
lain dapat separuh, abang abang makan dua biji. Aku kadang kadang makan dua
biji, kadang kadang 3, ada juga aku tak sempat makan, jadi aku kira tak salah
ambil lebih, untuk cover hari hari yang aku tak sempat sarapan. Orang lain aku
tak pasti.
Waktu belajar aku belajar, waktu makan aku makan, waktu guru
tak masuk kelas, aku sembang. Ada juga waktu aku tidur. Selalunya kalau guru
tak masuk kelas aku lebih gemar bersembang.
Habis waktu kelas, semua orang pergi musolla nak solat
zohor, aku selaku pengawas akan melarang budak budak balik asrama. Adalah
menjadi satu kesalahan balik asrama sebelum selesai solat zohor. Waktu itu aku tingkatan tiga. Tingkatan
paling tinggi untuk peringkat ikdadi. Tingkatan empat sampai enam pula
dipanggil thanawi.
Nak dijadikan cerita, ada satu hari, ada lebih kurang empat
lima orang budak tingkatan satu kantoi dengan aku. Balik asrama tukar selipar
katanya. Aku memang angin satu badan. Tak padan dengan baru masuk dah pandai
langgar peraturan. Aku panggil sorang budak, aku cekik tengkok baju dia,
lepastu aku lepas. Aku berasa sangat puas. Nak buat lebih lebih aku tak berani sebab,
beberapa minggu sebelum tu, ada makbapak report polis sebab anak dia kena pukul
dengan abang senior. Kiranya memadailah dengan aku cekik tengkok baju budak
tersebut. Kawan dia yang lagi tiga empat orang dah buat tangan macam minta
ampun kat sultan. Aku hanya suruh ketuk ketampi.
Tahun selepas itu, aku letak jawatan jadi pengawas. Aku
hanya jadi special branch untuk ustaz, tugas tersebut lebih mencabar kerana
buat kerja tanpa ada uniform khas.Bahasa mudahnya spy. Ramai yang ingat
aku kena pecat dari jawatan pengawas, sebenarnya tidak. Sekian.
Sunday, 15 December 2013
belajar
dingin salju
panas terik
tekak kering
bibir merekah
langit hitam
awan hilang
angin mati
habuk banyak
apa cuaca
apa rasa
apa suasana
kita masih belajar
kita tetap akan belajar
sampai bila bila
cuma berhenti
dengan
mim aliff ta ya
titik.
panas terik
tekak kering
bibir merekah
langit hitam
awan hilang
angin mati
habuk banyak
apa cuaca
apa rasa
apa suasana
kita masih belajar
kita tetap akan belajar
sampai bila bila
cuma berhenti
dengan
mim aliff ta ya
titik.
Subscribe to:
Posts (Atom)