Malam menghampiri tengah malam, kalau
santai-santai mungkin mengambil masa satu jam lebih. Masuk tol Bertam, melepasi
beberapa susur keluar, Sungai Petani Selatan..Sungai Petani Utara..Gurun..Alor
Star Selatan. Selalunya kalau ke Alor Star tak pernah lajak dari susur keluar
Alor Star Selatan, jarang juga bertolak malam.
Beberapa minit lagi sebelum jam satu pagi.
Memasuki susur keluar Alor Star Utara. Jalan agak lengang dan tenang. Kawasan
ini tak banyak berubah. Papan-papan iklan bertulisan jawi menyejukkan mata yang
melihat. Mungkin ini salah satu pembaharuan yang dilakukan kerajaan negeri.
Syukur.
Selepas melepasi beberapa traffic light, sampai juga ke destinasi.
Disambut ABANG Aiman dan Hadie di rumah dua tingkat yang disewa mereka dan lima
rakan lain bagi memudahkan urusan pembelajaran di Kolej Universiti Insaniah
(KUIN) yang menjadi salah satu kebanggaan rakyat Kedah. Kedah Sejahtera.
Memilih dapur sebagai port berbual, sembang panjang.
Macam-macam topic perbincangan, mula bertanya tujuan, kemudian khabar
kawan-kawan, pembelajaran, masa silam. Ketawa, senyum, seketika terdiam. Sedar-sedar hampir jam dua pagi. Jadi sikit-sikit, esok siang Alip kelas pukul sembilan, Hadie jam sembilan setengah.
Mengatur langkah bersama Alip ke tingkat atas, bilik Hadie tingkat bawah. Sembang lagi, dengan Alip topik lebih sensasi, Plan A, Plan B, Plan C, terselit sedikit tentang blog, sedikit tentang Twitter, sedikit tentang KUIN sampai dua setengah pagi. Tidur. Esok hari baru, ada perjuangan yang perlu diteruskan.
bersambung..
sebarang kritikan untuk panambah-baikan sangat dialu-alukan
sebarang kritikan untuk panambah-baikan sangat dialu-alukan
No comments:
Post a Comment