Assalam...
dan pelbagai aktiviti akan aku lakukan untuk mengisi masa lapang
di samping aktiviti jasmaniah, aku turut tidak lupa kepada aktiviti rohaniah
apabila berkumandangnya waktu azan maghrib, aku akan persiapkan diri ke masjid
masjid kampung dipenuhi dengan tokwan2 yang menunggu sakaratul maut
dan aku beriktikaf sambil menadah telinga mendengar kuliyah lepas maghrib
kuliyah disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman dan mahir dalam suatu bidang
selama 2 tahun pemerhatian aku di sini, aku dapati ada 2 jenis golongan ustaz di sini
pertama ustaz yang mempunyai mustamia'an (pendengar) yang ramai termasuk golongan muda
kedua ustaz yang mempunyai mustamia'an yang agak kurang tanpa anak muda (aku pun skip hahaha)
apa yang aku dapat simpulkan di sini ;
ustaz pertama menyampaikan kuliyah dengan nada yang baik, tersusun tuturannya, dan kuliahnya diselitkan dengan nas-nas dan pelbagai cerita
ustaz kedua pula sebaliknya, suara agak gusar, tidak jelas, dan baca kitab tanpa penjelasan yang baik mengikut suasana orang kampung
di sini kita dapat lihat betapa pentingnya teknik-teknik dan kaedah-kaedah dalam menyampaikan kuliah
menyampaikan kuliah itu bagus, tapi lagi bagus kalau kita dapat tarik masyarakat ke masjid untuk mendengar kuliah, tambah-tambah anak muda
golongan sekarang bukan seperti dahulu yang selalu dan sentiasa dahagakan ilmu
golongan sekarang hanya melihat kepada kredibiliti seseorang pendakwah
kalau ustaz tu best, 2 marhalah pun sanggup redah
jadi, kepada semua bakal pendakwah, marilah sama-sama kita muhasabah dan tingkatkan kualiti soft skill kita
demi masa depan agama dan negara terchennnnttaaaaa
wabillahittaufiq..
No comments:
Post a Comment