Followers

Friday 12 July 2013

Detik Mendebarkan di Mesir

Aku nak cerita keadaan aku waktu sauroh 30 jun berlaku di mesir.
Sauroh yang mana ingin menjatuhkan Prsiden Mesir yang sah iaitu Dr.Morsi.

Jadi kepada yang sedang membaca mohon tarik nafas dalam-dalam dahulu. Satu lagi kalau ada yang rasa nak terberak atau nak terkencing, sila tunaikan hajat anda dahulu.

Cerita yang aku bakal aku ceritakan ini kisah benar dari salah seorang warga Malaysia yang berada di Kaherah ketika itu, ketika satu dunia menggelabah ingin mengetahui keadaan bumi Mesir.Aku akan ceritakan tanpa ada tapisan dari mana-mana pihak.Dan aku kan menambah sedikit supaya cerita nampak sedap.



..........................................................................................................................................................


27hb jun 2013 hari khamis,tengah hari itu aku di Damanhur bersama ustaz Shauki, ustaz Sham dan Ustaz Budin dalam perjalanan pulang dari Damanhur ke Kaherah tempat kami menetap.
Kereta yang disewa bawa laju 170km/jam sambil mengelak satu persatu kereta dengan tenang dan bergaya.Dah la air cond tak ada lepastu tingkap belakang tak boleh buka pula, aku di belakang bersama ustaz Budin bermandi peluh dalam kereta.

Dalam perjalanan aku melihat banyak kereta kebal sudah siap bersedia diparking untuk pelbagai kemungkinan yang berlaku.

Kami selamat sampai waktu malam selepas solat maghrib di Masjid Azhar.
Yang ni aku nak cerita kata aku nampak kereta kebal ja.



28hb aku bangun tidor tapi tak da apa-apa yang berlaku haritu, jadi aku tak mau cerita la.


29hb aku bangon lagi dari tidor tapi keadaan masih still macam biasa.Cuma kali ni aku bangun pergi kedai beli Indomie (spesis meggi gak ni)  6  bungkus dan 6biji telor buat persediaan jika bakal berlaku nanti ni.

Malam tersebut aku sibuk chek fb dan melihat laporan mengatakan Medan Tahrir telah dipenuhi oleh manusia bangang dan beruk-beruk bodo dari Mesir.

Aku menjangkakan esok bakal berlaku cerita yang best untuk dibuat cerita dalam blog JASA ni.Mesti ada perang-perang ni.


30hb Jun 2013, sekali lagi aku bangun tidur pukul 8.00 pagi, sambil mengorek taik mata aku ke balkoni untuk melihat apa terjadi,tapi keadaan macam biasa juga.Sunyi sepi ibarat di tepi pantai di malam gelap gulita sebab semua di sini jenis tidur pagi

Macam biasa aktiviti haritu.Main game, layan Running Man, layan movie, buka kitab apa sikit dan makan dan tidur macam biasa.Hari 30 jun itu hanya kecoh di tempat lain,kawasan rumah Malaysia still selamat macam biasa.

Dalam hati masih mengharapakan sesuatu terjadi. Kalau terok boleh la balik free.Hahahahaha


Berita demi berita terdengar pejabat Ikhwan dibakar,berlaku rusuhan oleh puak bangang dikenali sebagai baltoji,polis tidak mahu menjaga keselamatan, dan akhir sekali selang bebarapa hari pada waktu malam lebih kurang pukul 9.00 malam,internet terhenti seketika,selang sepuluh minit terdengar bunyi dentuman mercun dan bunga api yang banyak sekali, kami tertanya apa yang telah berlaku.Rupa-rupanya berlaku perkara yang menyedihkan bagi orang Mesir yang bijak iaitu peristiwa kejatuhan Dr Morsi disebabkan pengkhianatan terbesar oleh ketua tentera yang dilantik oleh Dr Morsi dahulu ni dengan kuasanya menjatuhkan Dr Morsi dari jawatan beliau.Warga Mesir yang bodoh sedang celebrate rupanya dengan kejatuhan Dr Morsi.Seluruh dunia tergamam dengan berita rampasan kuasa yang zalim ini.Kami turut tergamam sambil meminum air teh susu..


Sebanyak demi sebanyak dataran Rabiatul Adawiyah sebelum ini yang telah dipenuhi oleh penyokong Morsi yang mencapai jutaaan umat telah bertambah sejak peristiwa itu.Semua inginkan keadilan..


Jadi kembali kepada tajuk.Aku selamat sahaja di sini dan boleh melayani hidup seperti biasa walaupun berlaku perkara macam-macam di Mesir.

Media mula memainkan peranan.Ada yang menyong Dr Morsi jatuh dan ada yang sebaliknya.Media Malaysia juga tidak ketinggalan melabelkan Dr Morsi sebagai diktator.Pastu buat terok macam kami di sini macam di Syria tu.Taik pundek betol.Aku tak tahu media Malaysia ni makan apa, dah la sokong Umno pastu isu Mesir pula menyokong kejatuhan Dr Morsi,aku boleh membuat kemungkinan mungkin mereka memakan rumput sebelum ni seperti lembu.

Terdengar berita mengatakan tentera Malaysia sudah siap sedia untuk membawa pulang warga Malaysia sekiranya berlaku apa-apa di Mesir.Dalam hati kami bersorak gembira kerana bakal balik free . Hahahaaha.


Tapi sampai sekarang kami masih selamat dan tak ada apa-apa yang berlaku.

Aku sebenarnaya saja buat terok nak balik free padahal aku bukan kisah sangat boleh balik ke dak.Sebab aku nak merasakan Ramadhon dan Hari Raya di perantaun dulu..


SALAM RAMADHON.


.


Wednesday 3 July 2013

binatang peliharaan

Pengalaman aku bela binatang ni sebenarnya tak banyak mana.

Aku ada bela ikan gapi masa sekolah rendah.

Bela dalam balang kaca.

Aku berhenti bela ikan gapi bila balang kaca jatuh berderai pecah.

Binatang lain aku tak rasa pulak nak bela.

Itu hari,ada budak rumah sewa aku bela burung sepasang.

Semangat betul,siap buat sangkar.

Pengakhirannya,burung tersebut terlepas selepas beberapa hari bila ada lubang tak dikatup.

Jaga binatang ni hang kena sabar dan banyak luang masa.

Aku ingat,kalau ada duit lebih sikit,aku nak bela binatang macam  INI

Kiut kan ??

kah kah kah!