Followers

Thursday 21 November 2013

hari pertama exam 1

Pagi itu macam pagi pagi biasa. Bangun subuh dan tidur semula. Hal ini seakan menjadi darah daging. Walaupun tahu benda tidur selepas subuh sangatlah tidak elok lebih lebih lagi untuk pelajar. Bilik aku ditingkat bawah. Rumah sewa aku ini ada tiga bilik. Dua diatas, satu dibawah, dekat dengan dapur. Kicauan burung lunak seperti pagi sebelumnya. Deruan enjin kenderaan sekali skala kedengaran. Final exam pukul 2.30 petang tidaklah membuatkan aku rushing.

Jam penggera di telefon aku settingkan pada angka 8.30 pagi. Waktu yang sedang sedang untuk aku mengulangkaji atau dalam bahasa lainnya perangat hafalan semalam. Baju untuk aku masuk exam smart tergantung dalam almari. Smart disini bukanlah dengan siap line size yang tajam selepas diiron. Smart disini ialah baru basuh dan berbau sabun pencuci sahaja. Aku ni jenis steady, baju untuk hadir ke kelas kebanyakkan payah renyuk atau kedut. Kalaupun ada kedut ianya tidak kelihatan begitu ketara. Aku pilih baju kemeja style raihan, leher cekak musang berbulu ayam, tangan cekak. Seluar khaki warna hitam dan kasut hitam. Tidak lupa juga kufiah hitam ada tulis kedah sejahtera.

Aku sarapan roti gardenia yang tujuh kupang dengan ayaq suam. Breakfast ni jarang aku skip. Aku ada terbaca bahawa breakfast sangat penting untuk memulakan hari, lebih lebih lagi sebagai pelajar. Selain membekalkan tenaga, ianya dapat memberikan oksigen kepada otak.

Selesai perangat apa yang perlu, aku pakai segala baju untuk hadir exam. Konfiden level aku tinggi bukan main.Makan tengahari juga sudah.

Bersambung.......

Monday 11 November 2013

Pemuda Islam Dalam Menghadapi Cabaran Semasa


   Bismillahirrahmanirrahiim, alhamdulillah wassolatuwassalamu 'ala rasulillah wa 'ala alihi wa sohbihi wa man walah wa ba'du.

Pemuda-pemudi Islam hari ini menghadapi pelbagai cabaran dalam mereka menjalani kehidupan sebagai seorang yang ingin berpegang teguh dengan perinsip agama. Cabaran ini juga merupakan lumrah yang pasti dihadapi setiap daripada kita. Sheikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya " Syababul Muslim fi muwajihati attahadiyat" menyebutkan cabaran yang akan dihadapi pemuda antaranya :-

1. Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
2. Cabaran serangan pemikiran.
3. Cabaran keruntuhan akhlaq.
4. Cabaran kerajaan sekular.
5. Cabaran putus asa dalam kerja Islam.
 
Godaan Syaitan

Pembaca yang dikasihi ALLAH, 
seperti yang kita ketahui musuh-musuh ISLAM tidak pernah lena dari usaha menjauhkan kita dari ajaran Islam yang syumul. Jika kita melihat pada sejarah yang dirakamkan di dalam Al quran, bagaimana ayah dan ibu kita (Sayyidina Adam .a.s dan Sayyidatina Hawa) cuba dihasut syaitan la'natullah untuk melakukan larangan ALLAH s.w.t dengan memakan buah khuldi. Dengan alasan ingin kekal di dalam syurga akhirnya Baginda dan isterinya termakan buah tersebut yang menyebabkan mereka diturunkan ke dunia. Lalu bermulah episod manusia dilantik sebagai khalifah untuk mengimarahkan muka bumi ini. Daripada kisah ini kita dapat pelajari bahawa syaitan semenjak kekufuranya kepada ALLAH akan berusaha untuk menyesatkan anak adam selagi ruh berada dalam jasad mereka. Syaitan dan sekutunya juga akan terus menggoda anak Adam agar mereka tersesat dari kebenaran. Oleh itu, ALLAH S.W.T mengajar kita agar sentiasa berlindung dari gangguan syaitan dengan membaca isti'azah " A'uzubillahi mina ssyaithonirrajim" setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan. 

Ada satu kisah yang berlaku terhadap seorang wali ALLAH yang masyhur iaitu Sheikh Abdul Qadir Al jailani Rahimahiullah. Semasa beliau sedang beribadah datang satu suara berbunyi :
 
" Wahai Abdul Qadir engkau sudah sampai kepadaku dengan amal ibadahmu, mulai saat ini gugurlah segala taklifan kepadamu".
 
 Maka jawab Sheikh Abdul Qadir menjawab : " Pergilah sesungguhnya engkau adalah Syaitan terlaknat".
 
Syaitan : " Bagaimana engkau mengetahui aku adalah syaitan?"
 
Jawab Sheikh Abdul Qadir : " Sesungguhnya engkau berupa dan ALLAH itu tiada yang serupa dengan NYA"

Syaitan : " Sesungguhnya aku sudah menyesatkan ratusan hamba ALLAH dengan cara ini".

Betapa syaitan berusaha menyesatkan manusia dari jalan ALLAH. Kalau ia tidak mampu menyesatkan kita dengan perkara besar (memurtadkan) kita , ia akan cuba menyesatkan kita dengan cara yang kecil-kecil yang terkadang kita tidak perasan. Contohnya : Makan tidak menyebut nama ALLAH, tidak membaca doa tidur, menuntut ilmu kerana dunia , membuang masa di hadapan tv dan banyak lagi perkara kita sering lakukan dalam kehidupan seharian. Pentingnya ilmu untuk mengetahui tipu daya syaitan ini. 

Waswasi syayatin ini akan berterusan sehinggalah saat roh kita hendak keluar dari jasad. Pada saat ini syaitan berusaha sedaya upaya menyesatkan kita. Gangguan saat sakaratulmaut inilah yang paling ditakuti para ulama' dan solihin terdahulu. Diceritakan syaitan akan menyamar menjadi orang-orang yang kita kasihi sewaktu di dunia. Waktu itu kita dalam keaadan haus yang amat sangat. Ia membawakan air kepada kita dan menggoda kita supaya murtad dari agama ALLAH. Sekiranya kita mengikuti arahanya pada waktu itu maka matilah kita dalam keadan suul khatimah na'uzubillah min zalik. Sebab itu antara doa yang banyak dibaca Baginda Nabi s.a.w :
 
"Allahumma YA  Muqollibal qulub, thabbit qulubana 'ala diinika wa 'ala to'atik "
 
 Kita memohon pada ALLAH agar menetapkan IMAN kita pada saat itu, kepada ALLAH jualah kita bergantung segala sesuatu dan berharap.

Ini antara contoh godaan syaitan pada hamba-hamba ALLAH yang taat, sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang kita boleh ambil pengajaran daripada kisah tersebut. Antaranya kisah Basirsa seorang Abid yang akhirnya mati dalam su'ul khatimah, kisah Bal'am bin Ba'uro yang doanya dimaqbulkan ALLAH tapi aakhirnya mati dalam kekufuran. Na'uzubillah min zalik. 

Sedikit Muhasabah Penuntut Ilmu Agama

Sahabat-sahabat sekalian, 

Ilmu adalah amanah yang terpundak dibahu kita hari ini. Adakah ilmu yang kita pelajari selama ini hanya untuk diri kita tanpa di manfatkan untuk masyarakat sekeliling? Apakah kesan yang berlaku sekiranya kita selaku penuntut ilmu agama bersikap sambil lewa dalam menuntut ilmu tanpa memperdulikan orang sekeliling. janganlah kita terpedaya dengan syahadah yang kita genggam sekiranya ummah tidak mendapat manfaat daripadanya. Sebarkan dan sampaikan ilmu-ilmu ISLAM yang kita terima hasil tarbiyah GURU-GURU kita untuk masyarakat. Sampai bila kita mahu menyepi membiarkan orang lain melaksanakan tugas ini. Ingatlah, bidang apa pun kita pelajari, ilmu apa pun kita kuasai jangan lupakan tugas kita iaitu " Mengeluarkan masyarakat daripada kegelapan kepada cahaya". Inilah tugas para Rasul diutuskan kepada manusia dan amanah ini terpundak di atas bahu-bahu kita selaku penuntut ilmu agama. Pastikan setiap daripada kita menjadi anak panah Islam yang memberikan kefahaman Islam yang syumul, mendidik dan membimbing ummat ke jalan ALLAH. insyaa ALLAH.. 

Bersambung....