Followers

Tuesday 31 December 2013

Catatan Hujung

Saya menulis catatan ini untuk semua.
Dengar cerita sahabat mesir di al azhar tengah imtihan.
Suasana yang huru hara.
Harapnya semua selamat.
Ini bahagian kalian.
Hadapi ujian sebegitu.
Kami yang di sini.
Di Malaysia lain pula ujiannya.
Macamana sekalipun keadaan, kewajipan perlu diteruskan.
Catatan terakhir untuk dua ribu tiga belas.
Selamat tahun baru masihi untuk sahabat sekalian.
Jangan lupa titipkan doa.
Itu senjata kita.


Dicatit di Kampung Jambu, Pokok Sena, Kedah.
11.38 malam.

Wednesday 25 December 2013

cerita sebenar aku pengawas

Seluar hitam memang tak pernah nak nampak kedut. Jadi aku ambil keputusan untuk tak sterika. Baju warna hijau aku gosokkan ala kadar. Imej pengawas kena jaga walaupun aku selalu curi tulang buat kerja. Sarapan pagi hari itu roti dengan sambal ikan bilis. Roti arab katanya, aku tak tahu mana datang nama tersebut, aku tengok roti arab dalam tivi dengan roti aku jamah sekarang tak sama langsung.

Aku ambil port tepi kantin. Bahagian depan kantin yang dibahagi dua untuk pelajar lelaki dan perempuan. Port tepi kantin ni macam spesel sikit, abang abang senior selalu makan sini sebab depa makan roti arab yang tak berapa nak arab dengan kuantiti yang lebih dari orang lain. Pelajar lain dapat separuh, abang abang makan dua biji. Aku kadang kadang makan dua biji, kadang kadang 3, ada juga aku tak sempat makan, jadi aku kira tak salah ambil lebih, untuk cover hari hari yang aku tak sempat sarapan. Orang lain aku tak pasti.

Waktu belajar aku belajar, waktu makan aku makan, waktu guru tak masuk kelas, aku sembang. Ada juga waktu aku tidur. Selalunya kalau guru tak masuk kelas aku lebih gemar bersembang.

Habis waktu kelas, semua orang pergi musolla nak solat zohor, aku selaku pengawas akan melarang budak budak balik asrama. Adalah menjadi satu kesalahan balik asrama sebelum selesai solat zohor.  Waktu itu aku tingkatan tiga. Tingkatan paling tinggi untuk peringkat ikdadi. Tingkatan empat sampai enam pula dipanggil thanawi.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari, ada lebih kurang empat lima orang budak tingkatan satu kantoi dengan aku. Balik asrama tukar selipar katanya. Aku memang angin satu badan. Tak padan dengan baru masuk dah pandai langgar peraturan. Aku panggil sorang budak, aku cekik tengkok baju dia, lepastu aku lepas. Aku berasa sangat puas.  Nak buat lebih lebih aku tak berani sebab, beberapa minggu sebelum tu, ada makbapak report polis sebab anak dia kena pukul dengan abang senior. Kiranya memadailah dengan aku cekik tengkok baju budak tersebut. Kawan dia yang lagi tiga empat orang dah buat tangan macam minta ampun kat sultan. Aku hanya suruh ketuk ketampi.

Tahun selepas itu, aku letak jawatan jadi pengawas. Aku hanya jadi special branch untuk ustaz, tugas tersebut lebih mencabar kerana buat kerja tanpa ada uniform khas.Bahasa mudahnya spy. Ramai yang ingat aku kena pecat dari jawatan pengawas, sebenarnya tidak. Sekian.

Sunday 15 December 2013

belajar

dingin salju
panas terik
tekak kering
bibir merekah

langit hitam
awan hilang
angin mati
habuk banyak

apa cuaca
apa rasa
apa suasana

kita masih belajar
kita tetap akan belajar
sampai bila bila

cuma berhenti
dengan
mim aliff ta ya

titik.