Followers

Tuesday 30 April 2013

catatan april #2

Salam Perjuangan Jasa 2010.

Aku tulis ni berbaur semangat.

Hangpa baca pun kena dahi berkerut dan riak muka yang serius.

Dua tiga hari ni sibuk discuss masalah Marzuq.

Entah apa dosa dia tak tau la sampai nak pindah Jamiah (ini humor,jangan ambik serius)

Sekarang aku rasa bukanlah masa yang sesuai untuk menuding jari salahkan orang itu dan ini.

Prioriti nombor satu ialah selesaikan masalah yang dihadapi sekarang dengan bernas dan baik.

Aku tak boleh into sangat jiwa Marzuq ni.

Nak cepat habis,tapi solution dia tak berapa nak kena.

Aku rasa Naem jugak bersetuju hal ini.

Nasihat aku.

Buat la keputusan yang terbaik.

Bila duit tak menjadi halangan.

Segala peluang belajar terhidang luas.

Cuma terpulang untuk memilih.

Mencedok ilmu di negara orang cabarang dia padu sikit sebab jauh dari keluarga.

Tapi pengalaman berharga itu yang paling bernilai.

Aku tak dapat pengalaman kena tipu,pengalaman jadi bendul bagi sijil ori spm kt pihak U.

Ha ha ha.

Apa apa keputusan yang dibuat.

Aku harap Allah permudahkan.

Dan geng jasapower 2010 sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ahlinya.




notakaki
*aku cuba serius dan tak mau smash marzuq,tapi tak boleh.harap maaf.kahkahkah

Friday 12 April 2013

catatan april #1

Menginjak bulan empat,bermakna kurang dua bulan untuk aku final exam.

Minggu pertama dan kedua penuh dengan amal sanah,submit bahas dan syafawi.

Sekarang pun masih ada beberapa tugasan untuk aku selesaikan.

Masuk bulan empat ini jugaklah perang meletus.Parlimen dah bubar.

Pelbagai cara kita boleh tengok untuk meraih undi.

Aku rilek saja hal pilihanraya ni.

Aku lebih dahulukan pelajaran.

Kalau ada yang kata aku kurang semangat,itu terpulang.

Aku perhatikan situasi sekarang lebih cenderung untuk PR menang.

Aku dapat bayangkan nanti,pelbagai kemudahan dan peluang yang akan terbuka untuk kita terjun dalam bidang profesional.

Yang mana sekolah sekolah yang tak laku sijil dapat iktiraf.

Kolej kolej yang sebelum ini tak dapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia sekarang.Bila PR ambik alih,360 darjah akan berubah dasar mereka.


Saturday 6 April 2013

Demontrasi Tak Masuk Akal 2

Tubidubidu wapa tubidubidu wapa tubidubidu wapa...

Relaks aku melayan lagu Fox Rain ni dalam bas yang bergerak macam penyu Dragon Ball ni.

Pada ketika ini, aku melihat karenah warga mesir dan warga luar mesir.Bermacam-macam karenah pelbagai rupa seperti pelbagai rupanya ais kacang  Pak Tam di Pokok Sena dahulu ini.

Ada yang marah-marah kerana tension.

Ada yang tenang membaca al-Quran.

Ada yang asyik-asyik memandang luar melihat kesesakan jalan raya sambil-sambil memandang awek-awek arab berjalan.

Ada yang tenang melayar bahtera.

Ada lagi macam-macam sebenarnya.Penat la aku nak tulis semua oi.

Jarak perjalanan yang sebenarnya pendek menjadi panjang.Perjalanan dari Kuliyah Tarbiah sehingga ke simpang empat jalan yang sepatutnya memakan masa 5 minit menjadi setengah jam.

Ada yang peras dan tension sudah keluar seorang demi seorang dari bas.

Aku gembira hal ini berlaku.Kerana sebentar lagi harapan mulia aku untuk duduk di kerusi yang empuk itu akan tercapai jua.Lama juga aku nak menunggu orang separuh tua yang duduk depan aku ini keluar sebab aku lihat muka dia sudah bengang dan letih dalam situasi penuh cabaran ini.

Akhirnya dia bangun.

YESS !! YAHUUU !!.

Tanpa cakap banyak aku terus melabuhkan punggungku ke kerusi yang empuk itu.

"Puhhhh..Alhamdullah.." aku bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat duduk ini.

Sambil-sambil duduk aku buka beg aku dengan niat nak minum air masak yang aku spare dari rumah pagi tadi dan ingin memakan biskut yang masih berbaki dalam beg aku ini.Aku makan dan minum tanpa menghiraukan orang yang memerhatikan aku.

Sedar tak sedar, bas sudah sampai di simpang jalan.Aku lihat kereta penuh sesak,manusia penuh banyak nak mampuih di situ.Aku menarik nafas lega,nasib baik aku memilih naik bas dari jalan kaki sambil merempuhi cuaca panas membara itu.

Aku lihat bas ini memilih jalan yang agak jauh dari kebiasaan dengan harapan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

Aku selup tangan dalam beg aku,aku pakaikan kaca mata hitam di mata aku untuk mengurangkan kuasa silau matahari.Dan aku menyandar dengan penuh selesa dan dengan hati yang tenang aku tidur tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Layan jugak tidur dalam bas itu pada waktu panas terik itu diseleti dengan jalan raya sesak teruk.

.........................................................................................................................
..................................................................................................................................
.........................................................................................................................................

"Woih, bangun dah sampai sabiek ni,Jom kita turun" Budin mengejutkan aku dengan cara lelaki sejati.

Aku buka mata,simpan ear phone dan henphone dalam beg,perbetul sikit rambut dan terus turun.

Tak sampai di sini sahaja perjalanan aku ingin sampai ke tempat penginapan aku ni.Seterusnya aku perlu menunggu bas atau Trenco( lebih kurang macam van sewa) untuk sampai ke Haiyu Asyir.

Orang tetap ramai menunggu kenderaan yang boleh dinaiki untuk ke destinasi seterusnya.Di kawasan haiyyu sabiek jalan tetap sesak tapi sesesak jalan ke kuliyah Azhar tadi.

4 5 biji Trenco kami lepas sebab semua dah penuh penumpangnya.Tunggu punya tunggu datanglah bas kosong sebiji untuk dinaiki pergi ke Haiyu Asyir.Berebut-berebut orang naik bas tu macam orang perempuan berebut-rebut melihat Justin Bibir turun ke Malaysia.

Kami tak terlepas berebut dan sempat untuk duduk di dalam bas tersebut.Tpi kami pilih kerusi belakang sekali sebab kalau orang tua atau perempuan tau orang kurang upaya naik, kami tak payah bagi mereka duduk sebab kerusi belakang susah duduk sebab nak kena naik tempat tinggi sikit. Hahahahaahaha.

Sesampainya kami ke rumah,azan berkumandang menandakan masuknya waktu Asar.

Taik betul memang lama gila nak sampai pun.Selalu setengah jam lebih boleh sampai dah,ni dari lepas aku sembahyang Zuhur sampai oang azan Asar baru boleh sampai ke rumah.

Sampai rumah aku sembahyang Asar dan terus menyambung tidur hingga sampai nak dekat waktu Isyak.

Penatkan perjalanan aku tadi??

Biasalah tu sebab aku duduk negara Arab MESIR yang susah ditarbiah tetapi berjiwa mulia.Banyak dugaan sebenarnya duduk sini.Tapi tak mengapa pengalaman tu seronok sebenarnya.

Bak kata arwah Ustaz Ilhami " EXPERIENCE CANNOT BUY"

Tamat. :-)

Friday 5 April 2013

Demontrasi Tak Masuk Akal 1

Salam bumi Anbiya....

Nampak power tak?

keh keh keh keh..

Baru-baru ini hari selasa sebelum PM hensem kita Najib Razak buat pengumuman bubar parlimen pada hari rabu itu,sebenarnya ada cerita yang aku tak paham berlaku di mesir ini.


DEMONTRASI KERACUNAN MAKANAN

Gila!!. Nama demontrasi dah macam taik dah aku dengar.

Aku cerita pengalaman aku menempuhi demontrasi tu ja la ye? dengan penuh bersahaja dan santai.

Pagi tu sewaktu rehat, aku dengar kawan aku budak selangor mari beritahu aku kata ada demontrasi berlaku
di kawasan tempat aku belajar ni.

Aku tenang mendengar berita ni, sebab warga mesir aku tahu agak kemaruk membuat demontrasi ini setelah Syeikh Yusuf Qordhawi mengeluarkan kenyataan tentang boleh dibuat menunjuk perasaan ni.

"Diorang buat demontrasi kenape pulak Qomar? Asyik-asyik demontrasi jer diorang ni."

"Aku dengar cerite la abang Naeem,diorang buat demontrasi sebab ade keracunan makanan semalam ini.Ade lebih kurang 50 orang lebih injured sekarang ni dan yang mati pun ader jugak"

"Mati pun ader? Berape ramai yang mati? Jenazah dah dikebumi ka belum? Diorang dapat duit tak sembahyang mayat?"

"Mana aku la aku tau.Tapi yang pasti mati 3 orang.Semua dari kalangan pelajara Azhar"

"Kemudian? Apa tujuan mereka membuat demontrasi jalanan ini?

"Diorang buat sebab nak menjatuhkan Mudir Azhar Syeikh Ahmad ( aku pun lupa nama syeikh tu)"

"Tahi ayam pundek la.Apa kene mengena keracunan makanan dengan kejatuhan mudir azhar ni? Kalau dah keracunan makanan,buat la demontrasi untuk menjatuhkan penyelia kantin tersebut"

"Entah la abang Naeem,aku pun musykil hal ini."

Habis kelas terus aku turun bersama kawan aku dari perlis sambil sembang-sembang bab ikan karin , aku lihat ada dua biji bas pendek depan markaz sedang menunggu pelajar perempuan.Aku bajet mesti mereka nak buat lawatan sambil belajar ke mana-mana ni.

Usai solat zuhur,Aku tunggu Budin anak ustaz Mat Amanah untuk balik sekali ke rumah penginapan kami.

Sambil-sambil tunggu aku tengok jalan raya.Kosong tiada kereta.Yang ada cuma ratusan pelajar azhar sedang membuat apa aku tak tau di tengah jalan sambil gaduh-gaduh.

Jalan dengan Budin depan sikit,baru nampak kelibat kereta semua pakat nak patah balik.Jalan dari 2 hala semua jadi 1 hala.

Penuh.Sesak.Macam anai-anai hurung kayu rumah aku.

Aku tengok ada bas sedang terperangkap dalam kesesakan tersebut.Aku naik bas itu ja lah,sebab nak jalan jauh tak larat,dah la cuaca panas hari itu.Naik-naik bas semua kerusi penuh, kami macam biasa berdiri seperti lelaki gagah berani.

Bas jalan macam penyu Dragon Ball waktu itu, aku ambik ear phone aku sambil niat untuk mendengar lagu Fox Rain.Lagu dari filem Gu Mi Ho.

Aku rasakan terpaksa bersambung ni, sebab waktu jumaat dah nak hampir.Esok ni aku sambung lain.

Sorry yewwwwww.....