Followers

Monday 21 October 2013

Pengalaman Pertama

Tahukah anda?

Pengalaman pertama aku yang paling rare di SMIDU adalah BALIK LARI.

Tahu tak ni?

Tahu tak?


Tak tahu aku nak cerita la ni.

Minggu pertama aku di SMIDU aku kena duduk asrama dah.Waktu minggu pertama tu macam-macam gelagat budak-budak baru masuk nak masuk asrama.Ada yang jenis muka poyo, ada yang muka buat comel harap dapat jadi adik angkat mana-mana abang pengawas, ada yang muka nak teriak kena tinggal dengan mak bapak ( yang ni memang jenis nak kena gigit dengan hantu kesot ni).Aku waktu itu buat muka tenang, muka belagak perasan cool padahal dalam hati aku nak nangis gak ni kena tinggal. Kah kah kah.

Abang aku ada jugak ngaji situ sekali, tapi minggu pertama dia berulang-alik ke rumah.Itu yang aku tak puas hati tu mengenangkan aku kena duduk di asrama sorang-sorang tanpa ada seorang pun mengenali aku dan aku tidak pun mengenali seseorang.

Tiba hari khamis, aku tunggu abang aku datang dari ruamah dan ingin aku nyatakan isi hati aku nak balik hari ini jugak.Nak balik rumah nak makan Pizza Hut.

Aku: Naeem nak balik hari ini Anas.Balik nak makan Pizza Hut.

Anas: Okay. Satgi nak balik tukar seluar hitam pakai baju putih.Baju putih sekolah ni pon dah ok.

Yakin dan tenang jawapan yang diberikan oleh abang aku.

Aku gembira kerana tak ada kata halangan.Aku memang bersemangat fikir nak balik hari ini.Abang-abang pengawas bajet berwawasan pun aku tak fikir dah.

Kringggggg.... Kringgggggg..

Loceng rehat bunyi menandakan waktu makan-makan dan waktu main-main sudah bermula.Apa lagi aku mengambil langkah pantas pulang ke asrama tanpa rasa takut kepada warden asrama lagi.

Siap!.

Kemas aku berseluar hitam berbaju putih.Aku rasa macam dah pengawas perpustakaan waktu tu. Kah kah kah.

Sempat aku kemas beg serba sikit.Bubuh baju main sikit,seluar,baju melayu.Spenda aku tak letak sebab waktu itu aku mana pakai spenda beb.Kah kah kah.

Sampai dewan ada mata-mata budak baru perhati aku semacam.

Ghani: Aik! Awat hang pakai seluar hitam pulak ni?

Aku: Ustaz Ilyas lantik aku jadi pengawas perpustakaan.Kena tukar seluar la.Lagipun aku bukan berminat sangat nak jadi pengawas ni.

Tenang dan bersahaja aku bohong Ghani anak si tokey kedai Ghani Char Koay Teow.Melopong beliau melihat kehebatan aku dalam masa seminggu.Dalam hati aku gelak nak mampus melihat kebangangang beliau dan aku juga rasa simpati sebab beliau dilahirkan dengan sifat begitu.

Abang aku memandang aku lagi.Pandangan penuh makna ajak aku datang kepada dia.Aku yang mudah memahami mata manusia terus pergi tanpa berlari cuma berjalan-jalan lenggang sahaja.

Anas: Lepas bunyi loceng tamat sekolah,terus tunggu depan asrama ZA.

Aku: Okay!

Arahan ringkas dan mudah itu memang aku senang faham.

Tepat bunyi loceng.Aku gegas lari tunggu depan asrama ZA.

Abang aku datang seketika kemudian.

Lantas kami terus pulang dengan menaiki bas HBR keluaran terbaru tanpa rasa bersalah dan tanpa mintak izin warden.


Beberapa minggu lepas itu baru aku tahu balik tak minta izin warden ini satu kesalahan besar. Lantaklah janji aku dah berjaya cubaan kali pertama. Kah kah kah...

...................................................................................................................................................

Aku harap tak ada mana-mana warden yang baca blog ini.Nahas ni.Nahas! ..

Tuesday 1 October 2013

Ahli JASA mendapat dapat keputusan Jayyid di Universiti Al Azhar

   Kaherah 1 oktober 2013:  Seorang pelajar lepasan Sek. Men. Islam Darul Ulum mendapat keputusan jayyid dalam peperiksaan tahun pertama Universiti Al Azhar, Mesir. Beliau yang menuntut ditahun pertama jurusan Usuluddin merupakan ahli JASA yang berasal dari negeri .....................

Imtihan kuliah Usuluddin dikatakan amat susah pada tahun ini sehingga sebahagian pelajar berbangsa arab mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kuliah Usuluddin sewaktu peperiksaan Mantiq sedang berjalan. Namun pihak pentadbiran Universiti tidak akan mengadakan peperiksaan ulangan bagi matapelajaran tersebut.