Followers

Friday 31 May 2013

catatan reunion jasapower2010 (siri 1)

30 mei 2013

reunion jasapower2010 (siri 1) di rumah sewa kampung chegar,pantai johor.

kehadiran

aku alip marzuq zikri syapik azreek acing (baca solihin) khalel

kehadiran paling awai dan kena dengan temujanji mestilah aku dengan alip.

selepas itu presiden mpm dan lajnah apa benda ntah jawatan syapik.

bersembang dan bercerita perkembangan diri masing masing

tak berapa lama kemudian khalel pomen tayar pancit tiba dengan sebandle maggi.

disusuli dengan azreek dengan van rusa yang laju(dia bawak 120 km/j) atas highway *aku harap ayah dia tak tau* sambil menggonggong  sebiji tembikai yang besar dan sangat sedap sebagai buah tangan.

rintik rintik hujang yang turun tidak menghalang marzuq datang dengan bergaya,rambut cacak (aku jek ni ada sebab)

dan orang yang paling akhir sampai tak perlulah aku nyatakan siapa.dia sampai waktu magrib mengetuk tingkap.

selesai solat maghrib berjemaah sambil berimamkan ahli jasa yang sampai paling akhir,presiden mpm dah bunyi kata lapaq.

aku dengan tenang mengarahkan semua ahli jasa yang hadir bersiap dengan kadar yang segera dan memakai pakaian yang sesuai.antara ramai ramai ketika itu,ada sorang pakai jeans koyak lutut,aku diam sahaja demi menjaga keharmonian yang terbina sejak awal ketibaan beliau.

selepas sempurnya,calit myak wangi dan sapu gel rambu,gosok ubat ketiak,kami bergerak dengan dua kenderaan.satu kelisa dan satu proton saga.

semasa perjalanan,kami sempat berlumba antara satu sama lain,kemenangan mudah diperolehi oleh perodua kelisa mengalahkan proton saga putih.harap saja baru,tapi tak laju.pergi dan pulang kelisa rilek mendahului proton saga.

perlu diketahui disini,aku meminta maaf atas kesilapan teknikal apabila arahan aku bagi tak lengkap,golongan mahasiswa kidu dan fayoum tak bawak kad pelajar,jadinya mereka terpaksa membayar harga orang tua sebanyak 15rm untuk menikmati steambot yang sedap dan lazat nakmampos.untuk golongan penganggur padan muka depa la,sapa suruh tak mengaji lagi.kahkahkah.

sesampai di kedai makan,langit baru selesai memuntahkan isi perutnya berupa titisan air.meja dalam kedai kebanyakkan dah penuh dihuni pelanggan.yang ada hanyalah meja di luar kedai berbumbungkan langit hitam macam tayar van azrek yang pancit.kami ahli jasa yang bersemangat rembo dan adam adli,memilih untuk lepak di meja luar kedai,gamble la kiranya,kalau hujan turun memang padat dan padu.

selesai mengambil tempat duduk yang selesa pada punggung masing masing,acara ambik makanan dimulakan.berbagai jenis lauk pauk terhidang dimulakan dengan kuih tiau goreng,nasik goreng,mee goreng,kemudian sea food mentah seperti kerang,kepah,ketam udang dan lain lain.tak lengkap stimbot kalau tak ada bebola tepung yang ntah apa apa,dan juga paling lejen ada angry bird pemadam.

selesai rebus dan grill segala jenis makanan dalam periuk steambot,pencuci mulut juga ada,ais kacang dan aiskrim.layan diri beb.

sambil makan dan bergelak ketawa,kami sempat juga menyebut nama kawan kawan yang jauh di perantauan.walaupun jauh di mata,di hati dekat nak mampus.

berbagai gurau senda,ketawa gembir kami lorekkan di meja makan tersebut,detik detik tersebut dirasakan sangat bernilai dan seakan tak mahu ianya berlalu.yang jenis makan rumpai laut pulun dok ulang ambik,yang dengan ipad mini dok online,yang suka aiskrim ulang amik kat freezer smpai habis dua balang ais.aku sebagai ketua rilek sahaja makan dan menyantuni ahli ahli yang lain dengan penuh rasa kasih dan sayang.

selesai makan,lepak di dataran masjid zahir.Janganlah ketawa,dataran masjid zahir sahaja yang paling ok di alor star selepas cadangan lorong keretapi oleh saudara(nama rahsia) ditolak mentah mentah.kahkahkah.

ambik gambaq sepam dua,kemudian balik tidoq di rumah sewa dengan perasaan riang ria.

sekian.

*aku ingat nak tulis lagi,kisah tayar pancit,tapi siapa nak baca panjang-panjang,dah la gengjasa pemalas nak baca.

Tuesday 14 May 2013

cerita tertidur

Aku terjaga dari tidur.

Jam ditangan menunjukkan 1030.

Jahanam!

Aku terlewat nak hadir exam.

Emak bapak aku pun tak gerak.

Pokok sena dengan Kuin jarak dia boleh tahan.

Aku yang sepatutnya hadir 9 pagi dah terlewat sembilan puluh minit.Gila betul.

Semalaman aku study.

Baca dan ingat nota.

Semua usaha jadi hancur berkecai.

Sedih dan kecewa jangan cakap la.

Aku bergegas jugak start enjin moto p exam.

Mulut aku tak habis habis berdoa muga boleh masuk dewan.

Aku bawak moto habis laju.

traficc light yang boleh langgar aku langgar.

kalau agak bahaya,aku ikut macam biasa.

keselamatan diri aku tak berani nak perjudi walaupun terlepas exam.

sepuluh minit plus plus aku sampai kat kuin.

ada beberapa pelajar yang lepak di kawasan dewan exam.

mungkin dah selesai menjawab.

aku juga sempat bertembung aney,budak rumah sewa aku.

masa untuk menjawab ada lebih kurang sejam.

aku cuba buat muka welfare sehabis mungkin.

aney usulkan aku jumpa kertua pengawas yang bertugas.

alasan aku bagi jujur habis.

aku terlewat bangun.

mentah mentah aku punya request ditolak.

beberapa orang pelajar yang masih tekun menjawab memandang ke arah aku.

riak mereka ada yang senyum sinis,muka kasihan,muka buat tak ambik tahu dan yang paling aku sakit hati ialah muka senyum sambil jelir lidah tangan angkat ibu jari.bangang betul.

aku cuba mintak ihsan.macam macam cara aku cuba buat.tapi tak berjaya.

aku akhirnya mengalah dan menerima ketentuan.

selepas mengelap sisa air mata yang mengalir dipipi,aku bersandar di pintu utama dewan exam.

kepala aku tertunduk rapat.kecewa jangan tanya banyak mana.

aku rasa kalaulah ada termometer pengukur tahap kecewa,bebuli dalam tu mesti pecah.

aku cuba ingat balik pengorbanan aku sepanjang sem.

segala assignment,segala amal sanah.kehadiran kelas yang penuh.

aku kecewa gagal.

tiba tiba

HADI!!! HADI!!!!  bangunnn!!!!!!!!!

tak elok tidur lepas asar!!!


fuhh!!!

aku lap peluh kat dahi dan ketiak.



Friday 10 May 2013

Misteri Nasi Goreng

"Jom Redzal kita p bersantap di kedai Mak cik Ketum tu.Aku dah lama tak pekena nasi goreng Mexico dia"
"Kau cakap bagi elok Firman !! Bersantap mende?? Orang sebut la makan bukan bersantap!! Sekali aku sentap mulut kau baru kau tau!
"Alah,rileks la Redzal.Aku gune bahasa istana pun kau nak marah.Aku ni pandai periksa nombor 1 bukan macam kau periksa nomber 30. Kahkahkah" gelak tawa Firman memecah dan menghilangkan kesunyian malam itu.
Memang begitu seharian amalan mereka,suka bergaduh bab yang tiada kena mengena untuk bergaduh.
Motor scrambler arwah ayah Firman dipecut laju,sekali sekala dia melanggar katak-katak yang berkeliaran di jalan raya tu.Peluk rapat Redzal kawanya Firman takut jatuh belakang punggung dulu.
Orang tak ramai malam tu,mungkin sebab anak mak cik Ketum si Melati yang cun melecun tak kerja malam ni sebab ada kursus PLKN di Gunung Jerai.
"Mak cik,nasi goreng Mexico dua berserta 1 air Milo kocak dan kopi kuat segelas" pinta Firman.
"Siap!!" balas mak cik Ketum secepat mungkin.Selalu mak cik Ketum jawab begitu selepas diorder kerana dia terkesan dengan bangla yang berkerja di kedai mamak Malikiyaumiddin itu.
"Baru order kata siap dah,pembohong betul mak cik Ketum ni" berkata-kata Redzal dalam hatinya sambil dia menampar nyamuk aedes yang hinggap di dahinya.
"Silakan menjamu selera Man,Redzal.Basuh tangan dulu Firman.Makcik tengok kau garu-garu jubur tadi.Pengotor betul kau ni"
Tersengih-sengih Firman akan hal itu,tidak disangka bahawa Mak Cik Ketum asyik memerhatikan dia dari tadi.
Redzal tak cakap banyak malam tu kerana asyik memikirkan kenapa pasukan lembik dia Manchester United boleh kalah dengan Chelsea malam semalam.Manakala Firman makan cukup laju mengalahkan kuda perang yang berlawan perang.
Tinggal satu lagi suap untuk Firman perabih nasi goreng Mexico dia.
Pakkkk....Tiba-tiba blackout kedai Mak Cik Ketum.Terdengar bunyi kucing menjerit kerana takut gelap.
Selang 5 minit.
Pakkk.... Ada balik lampu di kedai Mak Cik Ketum.
Tetapi terjadi perkara yang pelik,kenapa tiba-tiba nasi Firman yang dah nak habis tadi penuh balik nasi dia sedangkan nasi Redzal yang banyak tadi terus licin seperti telah dibasuh pakai Axion berserta Downy 4X.
Kehairanan dan ketakjuban mereka berdua akan hal itu.Apa yang telah terjadi sewaktu gelap tadi.Adakah wujud pekerja SPR makan bersama mereka sebentar tadi?
Malam itu mereka pulang kehairanan dan gagal mencar jawapan terbaik dan logik akal.

.........................
TAMAT.

Cerita Hantu Char koay teow

"Aduhhh,sakitnya kepala ku! Aik di mana aku sekarang ni? Kenapa badan aku habis calar balar seperti seorang gangster?Ahhh lapar pulak perut aku" terjaga Zaman dari pengsannya yang panjang.Dia memerhati sekeliling tempat pembaringannya.Penuh dengan ubat-ubatan herba,asap kemenyan menusuki hidungnya yang kontot itu.Terpandang dia satu gambar yang lekat di dinding bilik itu,gambar seorang perempuan dengan manis berbaju kurung zaman Tok Nadok.
"Bilik apa ni? Belum pernah aku datang ke tempat ini?"
Dia cuba bangun walaupun badannya terasa sengal dan sakit.Dicuba juga berpaut pada dinding bilik akhirnya berjaya.
"Hello! Ada orang tak rumah ni?
Hello aku tanya ni ada orang ka tak ni?
Anybody home? "
Zaman hairan,rumah itu seolah-olah tidak berpenghuni.Dia pergi ke pintu bilik itu,dikuaknya dengan perlahan....
Preekkkkkk.... Bunyi pintu lama berbunyi.
Rumah itu terlalu besar tapi barangnya kosong.Dia berfikir mungkin tuan rumah bayar tak habis sewa Courth Mammoth menyebabkan semua barang ditarik habis oleh pihak kedai.
Menyusuri dia rumah itu dengan langkah berjaga-jaga seperti pencuri sehingga sampai dia ke dapur.
Dia dapati seorang wanita cun melecun sedang memasak char koay teow dengan sebelah tangan.
Terpesona dia dengan pandangan itu.Rambut mengurai sehingga ke punggung seolah membuat rawatan rebonding.
"Apa tengok saja tu abang Man? Duduklah di meja tu" tegur wanita cun melecun tu.
Tersentak Zaman dari lamunannya.Seperti terpukau dia duduk di meja makan tanpa berkata apa-apa.Dicapainya pisang emas yang tersedia atas meja untuk dibuat pembuka mulut.
"Bubuh telor 2biji yer dan kuah lebih.."
Sempat lagi Zaman memesan tanpa rasa risau sedetik pun.
"Tafaddol abang Man,rasailah char koay teow buatan Mawar ni" sambil tersenyum manis Mawar kepada Zaman.
"Mawar? Nama itu serupa dengan nama ayam betina abang.Kahkahkah" balas Zaman dalam nada gelak sang jahat.
Mawar bengang dikata begitu,dicapainya pisau pemotong daging di rak pinggan,terus dicucuk perut Zaman.Berlumuran darah di tangan Mawar bahana tusukan ke perut Zaman yang buncit sedikit itu.
"Nah rasakan kau!! Dah la mai menumpang tidur rumah aku,pastu order char koay teow lebih-lebih pulak,kata aku nama serupa ayam betina dia lagi,pergi mati kau!!" Mawar seperti dirasuk pengundi hantu ketika dia berkata begitu.
"Abang melawak je la Mawar,jaga kau abang akan terus menghantui kehidupan kau"
Itulah ayat terakhir sewaktu Zaman hendak meninggal.Kata-kata itulah yang menyebabkan kehidupan Mawar terus dihantui hantu Zaman yang sentiasa kelaparan char koay teow.

.........................
Aku mati idea sekarang..... Kahkahkah

Monday 6 May 2013

PRU 13

KESAL DENGAN PENIPUAN.


Itu yang mampu aku ungkapkan dengan peristiwa semalam.
Nampaknya usahA BERSIH untuk membersihkan pilihanraya Malaysia bukannya semakin bersih malah bertambah kotor.
Memang pada jangkaan aku PR akan menang pilihanraya kali ini.
Tapi hati kecik aku merasakan dengan keyakinan yang terlalu yakin ni akan membuahkan hasil sebaliknya.
Ternyata terjadi jugak keputusan yang aku sendiri dan kawan-kawan semua tidak mahu.

Kenapa hati kecik aku berkata begitu? Kerana aku melihat situasi Kedah pada waktu dahulu ketika mana mereka terlalu yakin PAS akan menang di kedah dengan menggunakan slogan 'pakat pakat kalih'.
Akhirnya kedah tewas pilihanraya kali itu.

Kali ini aku bertambah kecewa negeri kita Kedah tewas kepada BN.
Bukanya aku hendak mengata.
Tapi aku agak perasan dengan kesombongan Ustaz Azizan dalam mentadbir kerjaaan.
Mungkin ini diantara sebab kekalahan Pas di kedah.
Nasib KUIN aku harap tidak teraniaya nanti ni.
Nasib aku di sini pun aku harap begitu jua.
Nasib rakyat kedah juga aku harap tidak teraniaya.

Tapi tahniah kepada negeri alip,sharip dan azman menang sekali lagi di Selangor.Tak lupa juga kepada negeri eek,syapik,lan dan abu Pulau Pinang sekali lagi PR menjadi harapan rakyat untuk mentadbir negeri.

Aku rasakan sudah tiba masa kita untuk cuba berjinak-jinak dengan perjuangan PAS ini.
Tak perlu lagi kita setakat menjadi penyokong dan pemerhati perjuangan orang lain.
Memang tak semua akan menjadi atasan.
Namun aku cukup bangga kalau seorang dua dari kita mampu menjadi calon PAS suatu hari nanti.
Kita buat sekadar termampu kita.
Medan dakwah itu besar.
Ikutkan aku,aku hanya ingin berdakwah bersama jemaah tabligh sahaja.
Tapi teringat cerita kawan aku yang menceritakan bagaimana kawan dia pergi berjumpa seorang maulana di India.
"Tuan,bagaimana dengan di Malaysia tuan?Perlu tak saya mengambil bahagian dalam menuntut negara Islam yang sebenar di sana?
"Silakan.Kerana mereka juga ingin perjuangkan Islam yang sama kita ingin perjuangkan.Niat mereka sama dengan kita,cuma cara kita dan mereka agak berbeza"

Aku harapkan PRU 14 yang bakal menjelma kita lebih matang dan steady.
Kerana waktu itu kita semakin matang.Fikiran semakin mantap.
Kita mula dari sekarang bukan tunggu nak perang baru kita bermula.


TAKBIR!!

*aku menulis dalam mood seorang pejuang yang kecewa