Followers

Thursday 31 January 2013

Khabar dari Mesir


 Aku nak menulis sebenarnya,tapi disebabkan perempuan melayu sebelah aku ini cakap deras sangat dah la cakap kL pulak tu rasa macam aku nak tumbuk ja muka perempuan ni,tapi aku sabar ja taik betul.

Tapi disebabkan memang niat nak menulis, aku teruskan niat suci murni ini juga.

Sekarang cuaca di Mesir ini dah berubah, dari musim sejuk ke musim panas.Masa malam dah semakin pendek.Dulu tiduq sedap sekarang kurang sikit.Haha. Tapi tidur petang aku dah rasa suasana Malaysia dah panas sikit,pasang kipas pulak memang rasa tidur petang di smidu.Memang enjoy.Yeay.

Disebabkan pertukaran cuaca,aku juga terkesan juga sedikit dengan demam 3 4 hari kemudian disusuli sakit kerongkong dan gusi berdarah.Habis banyak juga duit aku melayan penyakit ini.


Budaya membeli kitab juga aku semakin aku semaikan dalam diri aku sekarang ini.Dulu memang rasa susah sikit nak beli kitab,misalanya kitab naruto dulu.Sebaiknya aku akan menunggu akhi Fikri Basri ja membeli kitab tu.Tapi sekarang lain tak macam dulu lagi dah.Banyak juga duit aku habis membeli kitab pengajian selain dari Fadhail Amal.

Aku sekarang  kerja nak gaduh dengan bangsa arab ini.Bukan apa budaya di sini memang begitu,perlu bergaduh untuk nampak rancak dan menyeronokkan.
Pernah sekali aku gaduh dengan drebar bas tu,dia kata jalan lain tapi lajak pi jalan lain.Dengan berkebolehan arab sikit-sikit dengan selamber aku cuba berdebat dengan arab tersebut perihal sembang bohong ini.Habis hujah aku dalam bahasa arab aku maki dalam bahsa melayu seperti "taik hang la" dan istilah-istilah lain yang selalu digunapakai dalam loghat kedah.Akhirnya aku turun dengan menumbuk pintu bas dan menahan sakit di penumbuk akibat menumbuk tak bertempat.Ganas gila dak aku? haha.


Saingan bola aku memang aku tak terlepas kalau tiada pengajian berlangsung ketika itu.Sasaran aku kedai indonesia takpun kedai arab.Tapi kedai indon sedap sikit boleh makan sekali,kedai arab selalu minum sahaja takda makan-makan.Tapi kedai arab lawak,tak dan habis separuh masa pertama dah mintak duit air dah.Kadang-kadang air pon tak sempat sampai lagi dah mintak duit.Gila.

Aku rasa setakat ini dulu,sebab sewaktu artikel ini ditulis aku belum sembahyang asar lagi.Biasa la lambat-lambat sikit sebab dah lama tak dengar Fadhail Amal jadi semangat nak beramal itu kurang sikit.

Jadi okey selamat maju jaya kawan-kawan walau dimana anda berada,walau apapon kos yang diambil, semoga senantiasa bahagia

Harapan terakhir tolong la tulis blog bagi aku tahu sama kondisi hampa bagaimana.Selalu hadi ja yang tulis la sama.Yang lain aku masih menunggu ibarat aku menunggu arsenal menang piala.

Salam perjuangan......

Wednesday 30 January 2013

Dari seorang teman seperbalik lari..

STAM penuh dengan kezaliman.
dia tak memandang usaha 100%,
tapi dia juga memandang pada nasib baik.
selalunya yang lulus STAM tak semestinya dia pandai,
cuma terkadang dia bernasib baik.

Helmi.....


aku dengar kau ada juga rosib STAM,
aku harap berita ni tak melemahkan semangat hang dalam mengaji.
berita gagal ni biasa sangat dalam mengaji
sebab aku juga pernah gagal
najib juga pernah gagal
pak lah badawi cucu tok guru yang hang sekolah tu pon pernah gagal.

Helmi...

Kita cuba lihat dari hikmah yang Allah taala telah aturkan pada kita.


pertama:pengampunan dosa. Azab di dunia merupakan satu pengampunan dosa bagi orang beriman.gagal itu azab sebenarnya.
kedua:kesedaran dari kelalaian.Terkadan sebelum ini kita buat periksa halai balai pun boleh lulus dah tapi sekarang ni kita buat perkara yang sama jadi tak lulus pulak ataupun kita dah berusaha dengan bersungguh dah,tapi tak lulus jugak.Ini disebabkan ada yang tak kena dengan cara kita study tu.
ketiga:erti kesabaran.gagal mengajar kita erti kesabaran yang tinggi.

Helmi.

Mungkin 3 tu ja aku dapat beri hikmah kegagalan buat renungan kita bersama.Sebenarnya banyak lagi hikmah untuk hang fikir bersama.

Risiko mengaji ni memang memerlukan masa yang lama.Selagi lama orang tu mengaji selagi itulah dia akan dapat mendapat manfaat darinya.Dan risiko mengaji lagi perlu keluarkan duit yang banyak,itu biasa kalau betul-betul nak ngaji.


Helmi.

Allah taala pandang penat jerih hang.Allah pandang jauhnya perjalanan hang ulang alik dari penang ke gelam dengan motor.Yang penting bersyukur dan redha dengan ketetapan Allah.

Lastly,aku dan kawan-kawan akan sentiasa mendoakan hang.semoga hang lebih berusaha kedepan nanti ni dan aku harap hang repead balik STAM tu yang terbaik aku rasa setakat ni.


SALAM PERANTAUAN..



Tuesday 29 January 2013

bacin dan warden

Aku ni teringin juga nak dengar cerita Bacin jadi warden.

Macamana dia handle budak budak smama.

Macamana dia bangun pagi pergi setle budak bercouple.

Macamana Bacin marah budak budak riuh lari gedegung gedegang atas surau time dia tidur dalam bilik warden.

Aku harap Bacin tabah menjadi sebagai seorang warden disitu.


p/s : kalau ada mukhayyam,panggil eek dengan juon jadi fasi,kahkahkahkahkahkah.

Monday 28 January 2013

Berkenal kenalan.

Hai semua... kakahkahkahakaha.

Setelah sekian lama gua memerosek blog ni,akhirnya dapat jugak jadi penulis.Rupa2 nya aku belum terima ajakan syapik power untuk jadi penulis blog n.Sebab tu tak boleh tu.. hahahahaha.

Jadi insyaallah saya akan update masa ke semasa kalau ada cerita best saya di mesir ni.

Kwan2 yang lain update la sama.Kita perlu menyahut seruan idea pencipta blog ini yakni akhi hadie dali.Boleh ya semua?? hahaha

ok setakat ini dulu.

Akhir kata

SYAPIK POWER!

Thursday 10 January 2013

power

Assalamualaikum wbt.


jasa2010 dah ada blog.

power

power


power



power

terima kasih syapik power.