Followers

Thursday 31 January 2013

Khabar dari Mesir


 Aku nak menulis sebenarnya,tapi disebabkan perempuan melayu sebelah aku ini cakap deras sangat dah la cakap kL pulak tu rasa macam aku nak tumbuk ja muka perempuan ni,tapi aku sabar ja taik betul.

Tapi disebabkan memang niat nak menulis, aku teruskan niat suci murni ini juga.

Sekarang cuaca di Mesir ini dah berubah, dari musim sejuk ke musim panas.Masa malam dah semakin pendek.Dulu tiduq sedap sekarang kurang sikit.Haha. Tapi tidur petang aku dah rasa suasana Malaysia dah panas sikit,pasang kipas pulak memang rasa tidur petang di smidu.Memang enjoy.Yeay.

Disebabkan pertukaran cuaca,aku juga terkesan juga sedikit dengan demam 3 4 hari kemudian disusuli sakit kerongkong dan gusi berdarah.Habis banyak juga duit aku melayan penyakit ini.


Budaya membeli kitab juga aku semakin aku semaikan dalam diri aku sekarang ini.Dulu memang rasa susah sikit nak beli kitab,misalanya kitab naruto dulu.Sebaiknya aku akan menunggu akhi Fikri Basri ja membeli kitab tu.Tapi sekarang lain tak macam dulu lagi dah.Banyak juga duit aku habis membeli kitab pengajian selain dari Fadhail Amal.

Aku sekarang  kerja nak gaduh dengan bangsa arab ini.Bukan apa budaya di sini memang begitu,perlu bergaduh untuk nampak rancak dan menyeronokkan.
Pernah sekali aku gaduh dengan drebar bas tu,dia kata jalan lain tapi lajak pi jalan lain.Dengan berkebolehan arab sikit-sikit dengan selamber aku cuba berdebat dengan arab tersebut perihal sembang bohong ini.Habis hujah aku dalam bahasa arab aku maki dalam bahsa melayu seperti "taik hang la" dan istilah-istilah lain yang selalu digunapakai dalam loghat kedah.Akhirnya aku turun dengan menumbuk pintu bas dan menahan sakit di penumbuk akibat menumbuk tak bertempat.Ganas gila dak aku? haha.


Saingan bola aku memang aku tak terlepas kalau tiada pengajian berlangsung ketika itu.Sasaran aku kedai indonesia takpun kedai arab.Tapi kedai indon sedap sikit boleh makan sekali,kedai arab selalu minum sahaja takda makan-makan.Tapi kedai arab lawak,tak dan habis separuh masa pertama dah mintak duit air dah.Kadang-kadang air pon tak sempat sampai lagi dah mintak duit.Gila.

Aku rasa setakat ini dulu,sebab sewaktu artikel ini ditulis aku belum sembahyang asar lagi.Biasa la lambat-lambat sikit sebab dah lama tak dengar Fadhail Amal jadi semangat nak beramal itu kurang sikit.

Jadi okey selamat maju jaya kawan-kawan walau dimana anda berada,walau apapon kos yang diambil, semoga senantiasa bahagia

Harapan terakhir tolong la tulis blog bagi aku tahu sama kondisi hampa bagaimana.Selalu hadi ja yang tulis la sama.Yang lain aku masih menunggu ibarat aku menunggu arsenal menang piala.

Salam perjuangan......

4 comments:

  1. getus hatiku

    ayat baek punyaaaa!!!haha

    ReplyDelete
  2. hahaha, mcm tu rupanya perangai arab, mcm perangai abg acin ! hahah..kesian naem, dah la kecik, kena buli dgn pak arab bersasa plak tuh, hahah..tak sangka aku, baru berapa bulan naem dah terer kecek arab, ami plak tuh, haha..anak ust mat?? qutbuddin??

    ReplyDelete
  3. hahahaha...kesian gila naeem....hg kna tera ngn pak arab nieh mcm hg tere pow bundle karnain...woi..abg hg la kolel..:D

    ReplyDelete