Followers

Wednesday 30 January 2013

Dari seorang teman seperbalik lari..

STAM penuh dengan kezaliman.
dia tak memandang usaha 100%,
tapi dia juga memandang pada nasib baik.
selalunya yang lulus STAM tak semestinya dia pandai,
cuma terkadang dia bernasib baik.

Helmi.....


aku dengar kau ada juga rosib STAM,
aku harap berita ni tak melemahkan semangat hang dalam mengaji.
berita gagal ni biasa sangat dalam mengaji
sebab aku juga pernah gagal
najib juga pernah gagal
pak lah badawi cucu tok guru yang hang sekolah tu pon pernah gagal.

Helmi...

Kita cuba lihat dari hikmah yang Allah taala telah aturkan pada kita.


pertama:pengampunan dosa. Azab di dunia merupakan satu pengampunan dosa bagi orang beriman.gagal itu azab sebenarnya.
kedua:kesedaran dari kelalaian.Terkadan sebelum ini kita buat periksa halai balai pun boleh lulus dah tapi sekarang ni kita buat perkara yang sama jadi tak lulus pulak ataupun kita dah berusaha dengan bersungguh dah,tapi tak lulus jugak.Ini disebabkan ada yang tak kena dengan cara kita study tu.
ketiga:erti kesabaran.gagal mengajar kita erti kesabaran yang tinggi.

Helmi.

Mungkin 3 tu ja aku dapat beri hikmah kegagalan buat renungan kita bersama.Sebenarnya banyak lagi hikmah untuk hang fikir bersama.

Risiko mengaji ni memang memerlukan masa yang lama.Selagi lama orang tu mengaji selagi itulah dia akan dapat mendapat manfaat darinya.Dan risiko mengaji lagi perlu keluarkan duit yang banyak,itu biasa kalau betul-betul nak ngaji.


Helmi.

Allah taala pandang penat jerih hang.Allah pandang jauhnya perjalanan hang ulang alik dari penang ke gelam dengan motor.Yang penting bersyukur dan redha dengan ketetapan Allah.

Lastly,aku dan kawan-kawan akan sentiasa mendoakan hang.semoga hang lebih berusaha kedepan nanti ni dan aku harap hang repead balik STAM tu yang terbaik aku rasa setakat ni.


SALAM PERANTAUAN..



1 comment: