Followers

Saturday 23 March 2013

Ekk panjang dan cerita aku tersilap tempat program

Sebenarnya aku malas nak menulis.Aku tak niat nak tulis langsung.Tapi bila aku terbaca post khalil dibawah,aku terpanggil untuk menulis apa yang terbuku.

Disaat kalian membaca tulisan aku ini,ketahuilah,bermacam macam idea sedang berlegar di otak.Berdoalah kalian agar aku bisa meluahkan semuanya di laman ini.Ok,ini pendahuluan aku.

Pertamanya,aku nak mengucapkan syabas kepada kawan kawan yang berjaya membuat post sulung.Aku tabik!(bayangkan muka aku tabik letak tangan di dahi,sambil buat dada tegap).

Khamis dua hari lepas.Eek datang ziarah aku dengan alip di rumah sewa.Aku panggil saja itu ziarah walaupun Eek datang itu dengan tujuan asalnya menjemput adik di Sridu dan membawa Qamar ke Hari Kantin Smidu.Kah kah kah.

Apa yang mengejutkan aku,Eek mengalami perubahan fizikal yang mendadak.Macam gampang!Tinggi nak mampus.Aku dengan Eek tak perlu diukur lagi.Aku kalah.Dengan Alip lebih kurang sama tinggi.Kalau nak dibandingkan dengan Naeem masa aku jumpa kali terakhir sebelum dia berangkat,aku yakin,Eek lebih tinggi dari Naeem.Sekarang aku tak pasti Naeem tinggi atau tidak di bumi Kinanah sana.Tapi.kesimpulannya Ekk panjang.Ini satu rahsia yang aku bocorkan di blog.Kalau nak harap Ekk bagitau dari mulut dia,sampai bila bila dia tak habaq,lagipun buat apa Eek nak habaq dia panjang pada semua orang.

Khamis malam,aku bertolak ke Maktab Mahmud Alor Star.Ada job fasilitator di sana.Ini kali pertama untuk tahun 2013.Aku pernah berputus asa untuk buat kerja fasilitator selepas mimpi ngeri di Bendang Man,Sik pada tahun 2012 dulu.Ketika itu aku fasi untuk sebuah sekolah menengah yang baru berevolusi.Sekolah mana biarlah aku rahsiakan.Biar ianya menjadi lipatang sejarah untuk aku dan lagi tiga orang ahli jasa 2010.

Okay,berbalik kepada cerita berfasilitator.Aku dengan lagi seorang member rumah sewa.Aku gelar dia Anep.Budak stam sekali aku.Selepas solat maghrib,aku dengan anep bertolak ke tempat program.Untuk pengetahuan,program ni aku langsung tak tau apa dia punya style.Yang aku tau masa dapat call dari abang aku dia bagitau ada kem kepimpinan untuk pelajar maktab mahmud.Apa yang buat aku terima job fasi tersebut aku pun tak tau.Cukuplah aku katakan ianya aturan Allah.

Rezeki aku murah bila aku terima job fasi.Masa start enjin moto bawah rumah sewa sebelum bertolak,ada sorang makcik jiran rumah aku sewa bagi nasik tomato,ayam merah dengan acar timun.Dia bagi empat bungkus untuk aku,alip,anep dengan sorang budak nama Bacin.Mesti hangpa pelik kenapa ada bacin bukan ? Bacin ni dia mai nak tumpang Eek p hari kantin smidu.

Nak makan nasik tomato memang tak sempat.Jadi aku decide,bawak nasik tu p tempat program.Aku dapat mesej untuk berada di sana pukul lapan malam.Tapi lapan suku aku masih terhegeh hegeh masukkan baju dalam beg.Kalau aku sampai tepat pukul lapan malam.itu bukanlah melayu sebenar.Melayu sebenar mestilah lewat sedikit dari waktu yang dijanjikan.

Sampai di maktab mahmud.Aku dapat call tanya ada dekat mana.Ini first time aku masuk maktab mahmud.Seumur hidup aku aku tak pernah lagi masuk perkarangan sekolah dia.Apa barang aku nak masuk sekolah ni.Aku dulu bukan join sangat dengan ppik,geng geng bagus yang suka berprogram,geng yang salam lepastu peluk.Setakat lalu dan usha budak budak dia ada la.Aku jawab dekat budak yang call aku ada dekat masjid abu bakar bila tengok khat yang tertera.Budak tu tanya aku sekali lagi ada dekat mana,dengan nada yang pelik.dia kata mana ada masjid.surau ada la.Ok,aku jawab surau.Walaupun terbentang jelas khat situ "masjid abu bakar".Dia suruh aku p dekat kenyataan,depan situ ada bilik gerakan untuk fasilitator.Aku jawab ok.Aku usha usha cari papan kenyataan.Bangang betul dia punya direction.Berapa banyak papan kenyataan ada dekat maktab mahmud ni.Jenuh aku cari papan kenyataan yang bertentang dengan bilik gerakan.Cari punya cari tak jumpa.Aku call tanya,dia cakap dekat blok A.Aku cari lagi.Ok blok A aku jumpa,blok yang utama mengadap depan padang.Ada papan kenyataan tapi tak ada bilik gerakan.Aku dah hilang sabar sikit.

Aku cari lagi dengan anep,blok A B C semua aku usha,dia cakap dekat dengan public phone.Aku jumpa public phone tapi bilik gerakan masih tak muncul.Oh ya,aku ada jugak tanya budak maktab mahmud mana bilik fasilitator,dia tunjuk la arah.Aku cari dan tengok ada satu bilik dengan sebaris pelajar sedang duduk dalam bilik kelas mendengar seorang brader bercakap.Aku dengan budak anep syak ini bukan bilik yang kami cari.Aku masih steady sambil mencari.Masuk waktu isya bila aku dengaq azan dari masjid Ghufran yang berdekatan.Aku call lagi tanya,dia(timbalan ketua fasi) suruh solat isya dulu.

Aku p ke surau.tak ada orang.Sorang makhluk tak wujud.Sibuk apa aku tak tau.Aku rilek dulu tunggu budak budak maktab mahmud mai.Lebih kurang sepuluh minit ada sorang budak mai masuk masjid.Perh,serban tutup telinga siap berjubah dengan rida ada atas kepala bahu.Aku dengan budak anep berpandangan sesama sendiri.Ada sedikit pelik.

Selesai wuduk kami ambik port dalam surau/masjid.Budak budak maktab mahmud dah semakin ramai.Bilangan depa ada dalam dua puluh orang.Semua berpakaian ala ala ahli badar,pengawas dan budak budak berthiqah.Serban tutup telinga,jubah,rida.Aku sembang dengan anep,kalau budak budak ni yang akan kami handle memang steady la.Aku dengan tak ada prepairation akan jadi fasi dekat depa.

Usai solat isya.Aku dengan budak anep bangun keluar saf.solat sunat kemudian berteka teki siapa yang jadi fasi.Kami nak sembang dan habaq kedatangan kami.Aku dah tak kenal langsung fasi-fasi yang terlibat pasai abang aku yang atur untuk aku join.Aku dengan anep tunggu kot kot ada budak-budak yang nak teguq kami.Haram.Tak ada.

Aku dapat call,aku cakap aku ada depan surau.Naib fc tu habaq,dia tengok kat surau tak ada kelibat kami.ok,aku silap.aku duduk belakang surau.Kemudai naib fc tu suruh aku tunggu dekat kolah pelajar lelaki ambik wuduk.Apa jadah tempat dia suruh aku tunggu tak tau la.Dah tempat wuduk dalam tandas,naib fc ni budak perempuan.Jadi aku dengan anep ambi keputusan aku tunggu dekat tangga surau berdekatan dengan tandas lelaki.Itu yang paling elok dari tunggu budak perempuan dalam tandas lelaki.

Tunggu punya tunggu.Tak ada.Aku koi bengang.Apahal susah sangat nak jumpa.Aku tak jadi tunggu dah.Aku jalan sambil usha usha tempat yang dicari.Tiba tiba call masuk,tanya lagi kat mana.Aku nak habaq pun tak tau.Sedang jalan jalan ada dua orang budak perempuan selisih dengan kami.Aku syak depa budak yang (kami dok cari/depa yang dok cari kami )tapi tak tegur.Natang!berlagak

Kami buat buat tak tau jugak la.Sambil call,kami pusing cari.Tengok ada satu blok ada kelibat manusia.Anep habaq mungkin kat situ.Aku tak yakin.Kami cuba follow dua orang budak perempuan tu.Depa buat tak layan walaupun tau kamu macam nak p dekat depa.Satu call lagi masuk.Kali ni suara lelaki.Dia tanya aku kat sekolah mana.Aku habaq la dekat maktab mahmud.Dia tanya maktab mahmud mana.Aku habaq maktab mahmud alor star.Dia kata hangpa silap sekolah.Program dekat maktab mahmud pokok sena.DAMN!!!! Penat nak mampus aku pusing cari bilik gerakan sambil diusha pelik oleh penduduku maktab mahmud situ.

Mulut aku tak habis habis berbunyi perkataan yang kurang enak.Sambil sambil diselangi perkataan malu.Aku geleng kepala.Anep jugak tak habis habis menyalahkan aku.Skill comunication aku failed.Aku tak dengaq habis apa yang abang aku habaq masa call haritu.Aku dah la cakap dengan nada bengang masa cakap phone dengan naib fc.Aku tak tau macam mana nak face depa dekat bilik gerakan maktab mahmud pokok sena.
Aku punya niat nak tunjuk macho sikit sikit pasai kami dua orang saja budak degree syariah kuin.Fasi lain semua diploma tahfiz.Geng abang aku.Kah kah kah.Lain yang dirancang lain yang jadi.Masa aku sampai dekat bilik gerakan aku hanya senyum sikit sambil geleng kepala.Fasi lelaki tiga orang lima perempuan tengah mesyuarat pasai slot dan ldk.Untuk lima minit pertama aku tak berani panggung kepala tengok fasi perempuan yang bertentang dengan tempat fasi laki duduk.Aku dapat bayangkan lima pasang mata perempuan dan tiga pasang mata lelaki sedang gelakkan aku dengan anep.Aku punya perasaan time tu jangan tanya.Semangat aku nak berlagak malam tu jadi debu.

Tapi keseluruhan kem aku join memang rilek habis la.




No comments:

Post a Comment