Followers

Sunday 30 June 2013

Haiwan Bela

Saya menyahut cadangan sahabat yang nak kawan dengan saya dahulu untuk semua JASA2010 membuat artikel mengenai haiwan peliharaan ataupun haiwan belaan.Tajuk yang sesuai untuk semua peringkat umur dan peringkat pengajian.Terimalah artikel saya dengan penuh kerelaan hati tanpa banyak bicara.



Saya suka tengok ikan. Saya tak tahu samaada ikan suka tengok saya ataupun tidak.

Suatu hari saya terfikir kenapa saya tidak sahaja bela ikan? Boleh saya melihat ikan berenang setiap hari tanpa perlu pergi ke kedai ikan,sungai,zoo ikan dan market lagi.

Lalu saya membuat keputusan membela ikan di rumah.

Ikan pertama saya bela adalah ikan pelaga, ataupun lebih dikenali sebagai ikan karin.Saya tak beli ikan karin itu,sebaliknya saya saya tangkap ikan tersebut di tepi longkang rumah saya.Setelah saya dapat ikan karin yang hanya sebesar jari telunjuk seorang dewasa yang biasa yang jari tidak kurus dan gemuk saya letakkan ikan saya dalam sebuah botol kaca.Kemudian saya letakkan daun pisang yang lama ke dalam botol itu sekali sebagai hiasan dalam botol.Hasil berfikir sekian lama,saya namakan ikan karin saya "Jantanman" sebagai simbolik keberanian dan kegarangan ikan karin saya.Selepas itu, saya ambil plastik kerat sedikit kemudian ambil getah dan tutup botol itu dengan plastik dan diikat dengan getah dan tebuk beberapa lubang sebagai lubang pernafasan untuk Jantanman.Kemudian saya mencangkul di bahagian belakang rumah saya,kemudian saya tanamkan botol tersebut bersama Jantanman.Selepas itu saya kebumikan dan biar semalamam di situ.

Menjelang esoknya,saya pergi korek balik botol itu untuk melihat Jantanman kembali, saya melihat Jantanman bertukar warna menjadi kehitaman dan ekornya menjadi lebih colourful orang puteh kata.Saya gembira dengan keadaan ini.

Menjelang petangnya nak dekat-dekat maghrib, saya akan ke belakang rumah saya sambil menyelak betis untuk mengumpan nyamuk untuk menggigit betis saya untuk santapan Jantanman.Hasilnya 2 3 ekor nyamuk berjaya ditampar dengan penuh kejam dan zalim kemudian diberi makan kepada Jantanman melalui lubang yang dibuat sebelum ini. Dan sekali sekala saya akan memberi makan telur kerengga untuk menambahkan lagi keganasan dan kezaliman Jantanman.

Sekitar saya berumur 12 tahun, minat saya semakin menggila terhadap ikan,saya mula beralih kepada ikan yang lebih besar iaitu ikan Kelisa. Ikan Kelisa yang saya mula beli sebesar lengan saya sekarang ini dengan harga rm50 tapi warna tak berapa nak cantik.Tapi kos juga semakin besar dengan terpaksa membeli akuarium, misyen air ,batu batu, span dan macam-macam lagi.Perkara ini saya berkongsi bersama rakan saya sambil kami berkongsi duit sorang sedikit dan ikan tersebut diletakkan di rumah saya.Ini adalah skill orang terer. ahahaahaahaha.

Tapi jangka hayat Kelisa tersebut tak lama, seingat saya hanya beberapa bulan sahaja sebab susah juga nak jaga ikan ni sewaktu saya tiada di rumah.Ikan tersebut mati terapung sambil mata ke bawah dan perut ke atas sewaktu saya pulang dari kampung saya di Selangor. Saya mengklasifikasikan ikan itu mati kekurangan makanan.Ikan tersebut selamat dikebumikan di belakang rumah saya pada hari itu juga.Sob.....Sob...Sob...

Selepas dari itu saya hanya membela ikan hiasan biasa sekadar untuk memanfaatkan akuarium dan barang tersebut di rumah saya.

..........................................................................................................................................................


Begitulah sedikit sebanyak kisah hidup aku dan ikan yang penuh kesedihan dan kepiluan.Aku harap lepas ni jagan sapa lagi tanya pasal ikan dekat aku.Kalau tanya aku tumbuk jugak muka sorang-sorang.Sekian.

No comments:

Post a Comment