Followers

Tuesday 25 June 2013

Satu ain

Setiap tempat ada kisah dan cerita misteri.Kita tak boleh nak lari dari mahkluk ghaib.Mereka wujud dan berkongsi dunia dengan kita,cumanya di alam yang lain.Ini intro.

Jadinya masa masuk satu ain dulu sibuk jugak aku dengaq cerita geng thanawi cerita pasai hantu,cerita cerita seram.Seingat aku,cerita hantu ni aku banyak dengaq masa dok asrama yusuf rawa D,sebelum dibahagikan oleh abang ketua pelajar ke Yusuf rawa B atau nama glemernya YB.Asrama yang satu-satunya campuq dengan budak tak naik kelas tingkatan satu.Asrama yusuf rawa C dengan D adalah seratus peratus penghuninya budak baru masuk,kecuali ketua asrama dan penolongnya pelajar lama.

Apa yang aku perhati,asrama YD waktu tu banyak disinggahi geng geng senior,tujuan depa masuk aku syak sebab nak cari adik angkat.Aku syak saja lah.Bila dah selalunya masuk,macam macam la depa cerita kat adik adik baru,antara topik yang paling sedap ialah cerita hantu kesot.Hantu yang tak boleh berjalan,dia hanya boleh kesot,rambut panjang,pakai baju putih,waktu dia aktif sama macam hantu hantu lain,iaitu waktu malam.Kiranya hantu kesot lah paling famous masa tu.Lepastu hantu jepun,warden akan keluaq rumah bila malam merdeka,pasai akan ada hantu jepun berkawad,tapak rumah warden bekas kawasan jepun dulu.Aku tak ingat siapa yang cerita.Tapi masa tingkatan satu,semua budak baru akan terpengaruh percaya dengan cerita cerita macam ni.Kalau hangpa nak tau,masa dengaq cerita tu dulu,aku sorang saja yang tak terpengaruh,pasai aku selalu kawan dengan budak lubuk perung.Aku rasa berani sebab dia kuat.Aku agak kalau hantu jumpa dia,hantu yang akan lari.Aku agak saja lah.

Kesimpulannya, bila selesai enam tahun,seekor hantu aku tak jumpa kat sekolah.
Yang kita kena percaya ialah (baca semula intro aku) 

Sekian.

No comments:

Post a Comment