Followers

Saturday 22 July 2017

Hai tokwan..

aku solat zohor berjemaah di masjid, cuaca hari ni agak terik sikit

masjid kat rumah aku ni agak berkuap sikit, solat memang sah dalam hati "bila nak habis? panas ni!"

duit tabung banyak, setiap kali jumaat terima derma, tapi agak kedekut untuk memberi keselesaan kepada para jemaah untuk solat

tapi Alhamdulillah malam sejuk dengan aircond, tu pun kalau 'guard' ekon datang masjid

kalau tak, memang setiap kali selepas imam bagi salam, terus aku bangun cari kipas

ok sambung..

ketika iqamah zohor, aku masih 'lepak' duduk bersama jemaah lain kerana mengikut waqi' setempat

di kedah, makmum akan mula bangun membentuk saf selepas iqamah habis, dan saf terbentuk agak lambat sikit

beza di kl, makmum akan mula bangun ketika iqamah dikumandangkan, dan saf sudah terbentuk ketika iqamah sudah habis

dalam bab ni, aku puji org kl, pantas dalam membentuk saf, tak sampai 20 saat selepas iqamah, terus imam angkat takbir

ok sambung..

selepas iqamah zohor habis, aku terus bangun untuk memasuki saf pertama

ketika sampai di saf berdekatan dengan imam, langkah aku terhenti

aku pandang kiri kanan mencari sesuatu

sesuatu yang boleh meng'khusyuk'kan solat aku

Kipas !

selepas satu langkah ke kiri, ada sorang tokwan di saf pertama berdekatan imam ''heh kamu, masuk masuk, kosong''

ahh, sudah, tempat tak strategik, aku nak atas kepala aku kipas laa !

aku pun dengan langkah longlai mengharapkan keikhlasan memasuki saf tersebut yang berdekatan dengan imam

tokwan tu pun tegur dengan serius "nak takut apa? tak payah takut, masuk ja saf..jangan takut"

shit, dia ingat aku takut nak dok saf berdekatan dengan imam ka apa?

sebab masjid ni, saf berdekatan dengan imam memang susah sikit nak dipenuhi 

aku pun tak tau sebab apa, hahaha..malam pun sama, padahal ekon semua dah ada

susah betul nak penuhkan saf depan, tambah-tambah yang dekat dengan imam

dalam hati aku waktu tu "eh tokwan ni, dia ingat aku takut kot dok saf depan, kalau dipelawa jadi imam pun gua no hal la"

tetiba segala kenangan aku menjadi imam di beberapa buah surau dan masjid terlintas di fikiran

bukan nak berlagak, tapi gerammm, hahahaha

aku pun mengukir senyuman masam kat tokwan tu

aku memperbetulkan saf dan mengangkat takbir.

Tamat.

hahahah, saja kongsi pengalaman .

sekian.

Husnuzzhon tu penting

wassalam.

No comments:

Post a Comment