Followers

Sunday 16 July 2017

LIDAH

Lidah ialah suatu ciptaan tuhan kepada manusia untuk bertutur

mahupun perkara yang baik atau buruk

Allah meletakkan undang-undang lidah untuk kita menjagainya

kerana lidah merupakan salah satu asbab penentuan kita ke syurga atau neraka

bertutur dengan baik, selawat dan sama waktu dengannya maka syurgalah

jika sebaliknya seperti mencarut, mengumpat dan sebagainya maka nerakalah

Mengumpat?

bukan senang nak hindari perkara keji ini

dari muda ke tua semua sama

apabila berdengki maka perkara inilah yang akan memuaskan nafsu iri hati kita

dan akan menjaja kesemua pelusuk kenalan dunia 

يمشي بالنميمة  tentang keburukan lawan kita

kerana itu Allah melarang keras di dalam surah Hujurat :

يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم ولا تجسسوا ولا يغتب بعضكم بعضا

suatu hari nabi berjalan bersama sahabat di perkuburan 2 hamba Allah

nabi memberitahu bahawa mereka diseksa dan berkata

"tahukah kalian, mereka diseksa disebabkan 2 perkara yang dipandang remeh

satu : tak menjaga hadas mereka dengan baik

dua : banyak mengumpat"

beratnya dosa mengumpat lagi dahsyat daripada meruntuhkan kaabah

pernah dengar istilah 'kerana lidah badan binasa' ?

binasa di dunia mahupun di neraka

jadi, marilah sama-sama menjaga lidah

moga syurga tempat tuju kita.





No comments:

Post a Comment