Followers

Tuesday 25 July 2017

Ntah la...

Ntah la...

Sekarang ni heboh pasal paha bukan aurat, solat pakai spenda takpa, yang penting kemaluan depan dan belakang tertutup.

Beb, aku bukan alim nak komen bab ni, apatah lagi bukan bidang aku mengolah isu ni, teman-teman dalam ni lagi hebat pengetahuan dari sudut agama. 

Ntah la...

Aku cuma sekadar nak bagi pandangan dari lubuk hati kecil ini...

Kita dah hidup kat dunia ni berpuluh-puluh tahun, dari kecil kita dididik dengan agama keturunan moyang kita, kita ikut segala kepercayaan nenek moyang kita, kita beribadah dengan menyaksikan sepertimana ibubapa kita beribadah.. 

Bila dah besar, kita diserapkan dengan ilmu agama, baru kita tahu rupanya agama Islam ini daripada Allah, dan sekian, sekian dan sekian. Nenek moyang kita cuma hamba Allah yang mengabdikan diri kepada Allah. Mereka cuma pendakwah dalam agama ini.

Di Malaysia, kita diajar dengan berpegang kepada mazhab Syafie kebanyakannya, walaupun dalam setengah perkara yang lain kita berpegang kepada mazhab lain, muamalat mazhab Hanafi, haji mazhab Hanbali, dan sebagainya.

Tetiba satu hari, ada seorang ustaz mengeluarkan kenyataan secara umum kata paha bukan aurat mengikut mazhab Maliki, dan secara terang-terang mengatakan bahawa dia mengamalkan isu ini (paha bukan aurat) mengikut mazhab tersebut. Dalam erti kata lain, baginya paha bukan aurat dan itu pegangannya.

Ntah la...

Bagi aku, paha itu aurat atau tak itu bukan isu utamanya yang patut dipertikaikan. Kita pun dah sedia maklum terdapat pelbagai khilaf diantara mazhab-mazhab, ibadah, muamalah hatta isu munakahah terdapat kekhilafan, kecuali bab akidah. 

kita tak nafi paha itu bukan aurat mengikut mazhab Maliki, sepertimana yang kita lihat kebanyakan muslim dari Sudan, Somalia dan kebanyakan benua Afrika memakai seluar nampak lutut, hatta dalam solat pun ada setengah di antara mereka yang solat tidak menutup lutut. Tapi isu ini punnnnn terdapat khilaf diantara ulama-ulama mazhab Maliki. Ada yang kata paha aurat dan sebaliknya.

Ntah la...

Isu ini sepatutnya tak perlu diperbesarkan, kerana betul ada setengah pandangan dalam mazhab Maliki berpendapat sedemikian. Terima dengan penuh lapang dada. Ia satu ilmu yang bermanfaat.

Tetapi yang menjadi api kemarahan masyarakat apabila ustaz tu secara terang-terang berpendapat sedemikian iaitu paha bukan aurat. Tak salah kita nak amalkan pendapat ini, tapi tak boleh keeee ustaz amalkan senyap-senyap diam-diam? perlu keee ustaz nak hebohkan kepada satu dunia yang ustaz mengamalkan pendapat sedemikian?

Ntah la...

Ustaz nak mengamal pendapat itu, beramallah. Tapi tak perlu mengwar-warkan kepada masyarakat yang sudah berpegang kepada mazhab Syafie sejak dari kecil.

Ustaz tak takut ke pendapat ustaz tu akan mempengaruhi masyarakat?

Ustaz tak takut ke tetiba ibubapa melihat anak keluar rumah dengan berseluar pendek, bila ditegur kata ikut mazhab Maliki?

Ustaz tak takut ke masjid yang begitu indah berpakaian jubah, baju melayu bersarung kain pelikat, seluar panjang yang kemas, tetiba 2 3 tahun akan datang masjid dipenuhi dengan jemaah yang berseluar pendek?

Ustaz tak takut ke suatu hari nanti "eh, dia ni siam ke melayu?" yelah, muka siam dan melayu agak seiras, yang berlainan dari segi pakaian, kebanyakannya.

Ntah la...

Kita sepatutnya kena faham waqi' setempat. Kita orang melayu bermazhab syafie dan sangat sensitif jika terdapat kelainan dalam isu agama yang sudah dipraktikkan begitu lama.

Nak berdakwah pasal kekhilafan antara mazhab, silakan. Itu bagus. Tapi menghebohkan pegangan kita terhadap suatu mazhab (Maliki) yang berlainan dengan mazhab setempat (Syafie), itu suatu yang kurang bagus. Ia seolah-olah secara tidak langsung mengajak masyarakat untuk berpegang dengan pandangan tersebut.

Ntah la...

Walaupun ustaz ini sudah menimbulkan banyak kontroversi, tapi kita kena berlaku adil. Bukan semua kata-katanya perlu dikritik, yang baik kita ambil, yang kurang baik kita selesaikan dengan berhikmah.

Saidina Ali pernah berkata :  "أنظر الى ما قال ولا تنظر الى من قال"  yang bermaksud lihatlah apa yang diperkatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata-kata.

Ntah la...

Sekadar coretan hati.

Sekian.










No comments:

Post a Comment