Followers

Friday 5 April 2013

Demontrasi Tak Masuk Akal 1

Salam bumi Anbiya....

Nampak power tak?

keh keh keh keh..

Baru-baru ini hari selasa sebelum PM hensem kita Najib Razak buat pengumuman bubar parlimen pada hari rabu itu,sebenarnya ada cerita yang aku tak paham berlaku di mesir ini.


DEMONTRASI KERACUNAN MAKANAN

Gila!!. Nama demontrasi dah macam taik dah aku dengar.

Aku cerita pengalaman aku menempuhi demontrasi tu ja la ye? dengan penuh bersahaja dan santai.

Pagi tu sewaktu rehat, aku dengar kawan aku budak selangor mari beritahu aku kata ada demontrasi berlaku
di kawasan tempat aku belajar ni.

Aku tenang mendengar berita ni, sebab warga mesir aku tahu agak kemaruk membuat demontrasi ini setelah Syeikh Yusuf Qordhawi mengeluarkan kenyataan tentang boleh dibuat menunjuk perasaan ni.

"Diorang buat demontrasi kenape pulak Qomar? Asyik-asyik demontrasi jer diorang ni."

"Aku dengar cerite la abang Naeem,diorang buat demontrasi sebab ade keracunan makanan semalam ini.Ade lebih kurang 50 orang lebih injured sekarang ni dan yang mati pun ader jugak"

"Mati pun ader? Berape ramai yang mati? Jenazah dah dikebumi ka belum? Diorang dapat duit tak sembahyang mayat?"

"Mana aku la aku tau.Tapi yang pasti mati 3 orang.Semua dari kalangan pelajara Azhar"

"Kemudian? Apa tujuan mereka membuat demontrasi jalanan ini?

"Diorang buat sebab nak menjatuhkan Mudir Azhar Syeikh Ahmad ( aku pun lupa nama syeikh tu)"

"Tahi ayam pundek la.Apa kene mengena keracunan makanan dengan kejatuhan mudir azhar ni? Kalau dah keracunan makanan,buat la demontrasi untuk menjatuhkan penyelia kantin tersebut"

"Entah la abang Naeem,aku pun musykil hal ini."

Habis kelas terus aku turun bersama kawan aku dari perlis sambil sembang-sembang bab ikan karin , aku lihat ada dua biji bas pendek depan markaz sedang menunggu pelajar perempuan.Aku bajet mesti mereka nak buat lawatan sambil belajar ke mana-mana ni.

Usai solat zuhur,Aku tunggu Budin anak ustaz Mat Amanah untuk balik sekali ke rumah penginapan kami.

Sambil-sambil tunggu aku tengok jalan raya.Kosong tiada kereta.Yang ada cuma ratusan pelajar azhar sedang membuat apa aku tak tau di tengah jalan sambil gaduh-gaduh.

Jalan dengan Budin depan sikit,baru nampak kelibat kereta semua pakat nak patah balik.Jalan dari 2 hala semua jadi 1 hala.

Penuh.Sesak.Macam anai-anai hurung kayu rumah aku.

Aku tengok ada bas sedang terperangkap dalam kesesakan tersebut.Aku naik bas itu ja lah,sebab nak jalan jauh tak larat,dah la cuaca panas hari itu.Naik-naik bas semua kerusi penuh, kami macam biasa berdiri seperti lelaki gagah berani.

Bas jalan macam penyu Dragon Ball waktu itu, aku ambik ear phone aku sambil niat untuk mendengar lagu Fox Rain.Lagu dari filem Gu Mi Ho.

Aku rasakan terpaksa bersambung ni, sebab waktu jumaat dah nak hampir.Esok ni aku sambung lain.

Sorry yewwwwww.....


1 comment: