Followers

Saturday 6 April 2013

Demontrasi Tak Masuk Akal 2

Tubidubidu wapa tubidubidu wapa tubidubidu wapa...

Relaks aku melayan lagu Fox Rain ni dalam bas yang bergerak macam penyu Dragon Ball ni.

Pada ketika ini, aku melihat karenah warga mesir dan warga luar mesir.Bermacam-macam karenah pelbagai rupa seperti pelbagai rupanya ais kacang  Pak Tam di Pokok Sena dahulu ini.

Ada yang marah-marah kerana tension.

Ada yang tenang membaca al-Quran.

Ada yang asyik-asyik memandang luar melihat kesesakan jalan raya sambil-sambil memandang awek-awek arab berjalan.

Ada yang tenang melayar bahtera.

Ada lagi macam-macam sebenarnya.Penat la aku nak tulis semua oi.

Jarak perjalanan yang sebenarnya pendek menjadi panjang.Perjalanan dari Kuliyah Tarbiah sehingga ke simpang empat jalan yang sepatutnya memakan masa 5 minit menjadi setengah jam.

Ada yang peras dan tension sudah keluar seorang demi seorang dari bas.

Aku gembira hal ini berlaku.Kerana sebentar lagi harapan mulia aku untuk duduk di kerusi yang empuk itu akan tercapai jua.Lama juga aku nak menunggu orang separuh tua yang duduk depan aku ini keluar sebab aku lihat muka dia sudah bengang dan letih dalam situasi penuh cabaran ini.

Akhirnya dia bangun.

YESS !! YAHUUU !!.

Tanpa cakap banyak aku terus melabuhkan punggungku ke kerusi yang empuk itu.

"Puhhhh..Alhamdullah.." aku bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat duduk ini.

Sambil-sambil duduk aku buka beg aku dengan niat nak minum air masak yang aku spare dari rumah pagi tadi dan ingin memakan biskut yang masih berbaki dalam beg aku ini.Aku makan dan minum tanpa menghiraukan orang yang memerhatikan aku.

Sedar tak sedar, bas sudah sampai di simpang jalan.Aku lihat kereta penuh sesak,manusia penuh banyak nak mampuih di situ.Aku menarik nafas lega,nasib baik aku memilih naik bas dari jalan kaki sambil merempuhi cuaca panas membara itu.

Aku lihat bas ini memilih jalan yang agak jauh dari kebiasaan dengan harapan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

Aku selup tangan dalam beg aku,aku pakaikan kaca mata hitam di mata aku untuk mengurangkan kuasa silau matahari.Dan aku menyandar dengan penuh selesa dan dengan hati yang tenang aku tidur tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Layan jugak tidur dalam bas itu pada waktu panas terik itu diseleti dengan jalan raya sesak teruk.

.........................................................................................................................
..................................................................................................................................
.........................................................................................................................................

"Woih, bangun dah sampai sabiek ni,Jom kita turun" Budin mengejutkan aku dengan cara lelaki sejati.

Aku buka mata,simpan ear phone dan henphone dalam beg,perbetul sikit rambut dan terus turun.

Tak sampai di sini sahaja perjalanan aku ingin sampai ke tempat penginapan aku ni.Seterusnya aku perlu menunggu bas atau Trenco( lebih kurang macam van sewa) untuk sampai ke Haiyu Asyir.

Orang tetap ramai menunggu kenderaan yang boleh dinaiki untuk ke destinasi seterusnya.Di kawasan haiyyu sabiek jalan tetap sesak tapi sesesak jalan ke kuliyah Azhar tadi.

4 5 biji Trenco kami lepas sebab semua dah penuh penumpangnya.Tunggu punya tunggu datanglah bas kosong sebiji untuk dinaiki pergi ke Haiyu Asyir.Berebut-berebut orang naik bas tu macam orang perempuan berebut-rebut melihat Justin Bibir turun ke Malaysia.

Kami tak terlepas berebut dan sempat untuk duduk di dalam bas tersebut.Tpi kami pilih kerusi belakang sekali sebab kalau orang tua atau perempuan tau orang kurang upaya naik, kami tak payah bagi mereka duduk sebab kerusi belakang susah duduk sebab nak kena naik tempat tinggi sikit. Hahahahaahaha.

Sesampainya kami ke rumah,azan berkumandang menandakan masuknya waktu Asar.

Taik betul memang lama gila nak sampai pun.Selalu setengah jam lebih boleh sampai dah,ni dari lepas aku sembahyang Zuhur sampai oang azan Asar baru boleh sampai ke rumah.

Sampai rumah aku sembahyang Asar dan terus menyambung tidur hingga sampai nak dekat waktu Isyak.

Penatkan perjalanan aku tadi??

Biasalah tu sebab aku duduk negara Arab MESIR yang susah ditarbiah tetapi berjiwa mulia.Banyak dugaan sebenarnya duduk sini.Tapi tak mengapa pengalaman tu seronok sebenarnya.

Bak kata arwah Ustaz Ilhami " EXPERIENCE CANNOT BUY"

Tamat. :-)

No comments:

Post a Comment