Followers

Friday 31 May 2013

catatan reunion jasapower2010 (siri 1)

30 mei 2013

reunion jasapower2010 (siri 1) di rumah sewa kampung chegar,pantai johor.

kehadiran

aku alip marzuq zikri syapik azreek acing (baca solihin) khalel

kehadiran paling awai dan kena dengan temujanji mestilah aku dengan alip.

selepas itu presiden mpm dan lajnah apa benda ntah jawatan syapik.

bersembang dan bercerita perkembangan diri masing masing

tak berapa lama kemudian khalel pomen tayar pancit tiba dengan sebandle maggi.

disusuli dengan azreek dengan van rusa yang laju(dia bawak 120 km/j) atas highway *aku harap ayah dia tak tau* sambil menggonggong  sebiji tembikai yang besar dan sangat sedap sebagai buah tangan.

rintik rintik hujang yang turun tidak menghalang marzuq datang dengan bergaya,rambut cacak (aku jek ni ada sebab)

dan orang yang paling akhir sampai tak perlulah aku nyatakan siapa.dia sampai waktu magrib mengetuk tingkap.

selesai solat maghrib berjemaah sambil berimamkan ahli jasa yang sampai paling akhir,presiden mpm dah bunyi kata lapaq.

aku dengan tenang mengarahkan semua ahli jasa yang hadir bersiap dengan kadar yang segera dan memakai pakaian yang sesuai.antara ramai ramai ketika itu,ada sorang pakai jeans koyak lutut,aku diam sahaja demi menjaga keharmonian yang terbina sejak awal ketibaan beliau.

selepas sempurnya,calit myak wangi dan sapu gel rambu,gosok ubat ketiak,kami bergerak dengan dua kenderaan.satu kelisa dan satu proton saga.

semasa perjalanan,kami sempat berlumba antara satu sama lain,kemenangan mudah diperolehi oleh perodua kelisa mengalahkan proton saga putih.harap saja baru,tapi tak laju.pergi dan pulang kelisa rilek mendahului proton saga.

perlu diketahui disini,aku meminta maaf atas kesilapan teknikal apabila arahan aku bagi tak lengkap,golongan mahasiswa kidu dan fayoum tak bawak kad pelajar,jadinya mereka terpaksa membayar harga orang tua sebanyak 15rm untuk menikmati steambot yang sedap dan lazat nakmampos.untuk golongan penganggur padan muka depa la,sapa suruh tak mengaji lagi.kahkahkah.

sesampai di kedai makan,langit baru selesai memuntahkan isi perutnya berupa titisan air.meja dalam kedai kebanyakkan dah penuh dihuni pelanggan.yang ada hanyalah meja di luar kedai berbumbungkan langit hitam macam tayar van azrek yang pancit.kami ahli jasa yang bersemangat rembo dan adam adli,memilih untuk lepak di meja luar kedai,gamble la kiranya,kalau hujan turun memang padat dan padu.

selesai mengambil tempat duduk yang selesa pada punggung masing masing,acara ambik makanan dimulakan.berbagai jenis lauk pauk terhidang dimulakan dengan kuih tiau goreng,nasik goreng,mee goreng,kemudian sea food mentah seperti kerang,kepah,ketam udang dan lain lain.tak lengkap stimbot kalau tak ada bebola tepung yang ntah apa apa,dan juga paling lejen ada angry bird pemadam.

selesai rebus dan grill segala jenis makanan dalam periuk steambot,pencuci mulut juga ada,ais kacang dan aiskrim.layan diri beb.

sambil makan dan bergelak ketawa,kami sempat juga menyebut nama kawan kawan yang jauh di perantauan.walaupun jauh di mata,di hati dekat nak mampus.

berbagai gurau senda,ketawa gembir kami lorekkan di meja makan tersebut,detik detik tersebut dirasakan sangat bernilai dan seakan tak mahu ianya berlalu.yang jenis makan rumpai laut pulun dok ulang ambik,yang dengan ipad mini dok online,yang suka aiskrim ulang amik kat freezer smpai habis dua balang ais.aku sebagai ketua rilek sahaja makan dan menyantuni ahli ahli yang lain dengan penuh rasa kasih dan sayang.

selesai makan,lepak di dataran masjid zahir.Janganlah ketawa,dataran masjid zahir sahaja yang paling ok di alor star selepas cadangan lorong keretapi oleh saudara(nama rahsia) ditolak mentah mentah.kahkahkah.

ambik gambaq sepam dua,kemudian balik tidoq di rumah sewa dengan perasaan riang ria.

sekian.

*aku ingat nak tulis lagi,kisah tayar pancit,tapi siapa nak baca panjang-panjang,dah la gengjasa pemalas nak baca.

No comments:

Post a Comment