Followers

Tuesday 14 May 2013

cerita tertidur

Aku terjaga dari tidur.

Jam ditangan menunjukkan 1030.

Jahanam!

Aku terlewat nak hadir exam.

Emak bapak aku pun tak gerak.

Pokok sena dengan Kuin jarak dia boleh tahan.

Aku yang sepatutnya hadir 9 pagi dah terlewat sembilan puluh minit.Gila betul.

Semalaman aku study.

Baca dan ingat nota.

Semua usaha jadi hancur berkecai.

Sedih dan kecewa jangan cakap la.

Aku bergegas jugak start enjin moto p exam.

Mulut aku tak habis habis berdoa muga boleh masuk dewan.

Aku bawak moto habis laju.

traficc light yang boleh langgar aku langgar.

kalau agak bahaya,aku ikut macam biasa.

keselamatan diri aku tak berani nak perjudi walaupun terlepas exam.

sepuluh minit plus plus aku sampai kat kuin.

ada beberapa pelajar yang lepak di kawasan dewan exam.

mungkin dah selesai menjawab.

aku juga sempat bertembung aney,budak rumah sewa aku.

masa untuk menjawab ada lebih kurang sejam.

aku cuba buat muka welfare sehabis mungkin.

aney usulkan aku jumpa kertua pengawas yang bertugas.

alasan aku bagi jujur habis.

aku terlewat bangun.

mentah mentah aku punya request ditolak.

beberapa orang pelajar yang masih tekun menjawab memandang ke arah aku.

riak mereka ada yang senyum sinis,muka kasihan,muka buat tak ambik tahu dan yang paling aku sakit hati ialah muka senyum sambil jelir lidah tangan angkat ibu jari.bangang betul.

aku cuba mintak ihsan.macam macam cara aku cuba buat.tapi tak berjaya.

aku akhirnya mengalah dan menerima ketentuan.

selepas mengelap sisa air mata yang mengalir dipipi,aku bersandar di pintu utama dewan exam.

kepala aku tertunduk rapat.kecewa jangan tanya banyak mana.

aku rasa kalaulah ada termometer pengukur tahap kecewa,bebuli dalam tu mesti pecah.

aku cuba ingat balik pengorbanan aku sepanjang sem.

segala assignment,segala amal sanah.kehadiran kelas yang penuh.

aku kecewa gagal.

tiba tiba

HADI!!! HADI!!!!  bangunnn!!!!!!!!!

tak elok tidur lepas asar!!!


fuhh!!!

aku lap peluh kat dahi dan ketiak.



No comments:

Post a Comment