Followers

Friday 10 May 2013

Misteri Nasi Goreng

"Jom Redzal kita p bersantap di kedai Mak cik Ketum tu.Aku dah lama tak pekena nasi goreng Mexico dia"
"Kau cakap bagi elok Firman !! Bersantap mende?? Orang sebut la makan bukan bersantap!! Sekali aku sentap mulut kau baru kau tau!
"Alah,rileks la Redzal.Aku gune bahasa istana pun kau nak marah.Aku ni pandai periksa nombor 1 bukan macam kau periksa nomber 30. Kahkahkah" gelak tawa Firman memecah dan menghilangkan kesunyian malam itu.
Memang begitu seharian amalan mereka,suka bergaduh bab yang tiada kena mengena untuk bergaduh.
Motor scrambler arwah ayah Firman dipecut laju,sekali sekala dia melanggar katak-katak yang berkeliaran di jalan raya tu.Peluk rapat Redzal kawanya Firman takut jatuh belakang punggung dulu.
Orang tak ramai malam tu,mungkin sebab anak mak cik Ketum si Melati yang cun melecun tak kerja malam ni sebab ada kursus PLKN di Gunung Jerai.
"Mak cik,nasi goreng Mexico dua berserta 1 air Milo kocak dan kopi kuat segelas" pinta Firman.
"Siap!!" balas mak cik Ketum secepat mungkin.Selalu mak cik Ketum jawab begitu selepas diorder kerana dia terkesan dengan bangla yang berkerja di kedai mamak Malikiyaumiddin itu.
"Baru order kata siap dah,pembohong betul mak cik Ketum ni" berkata-kata Redzal dalam hatinya sambil dia menampar nyamuk aedes yang hinggap di dahinya.
"Silakan menjamu selera Man,Redzal.Basuh tangan dulu Firman.Makcik tengok kau garu-garu jubur tadi.Pengotor betul kau ni"
Tersengih-sengih Firman akan hal itu,tidak disangka bahawa Mak Cik Ketum asyik memerhatikan dia dari tadi.
Redzal tak cakap banyak malam tu kerana asyik memikirkan kenapa pasukan lembik dia Manchester United boleh kalah dengan Chelsea malam semalam.Manakala Firman makan cukup laju mengalahkan kuda perang yang berlawan perang.
Tinggal satu lagi suap untuk Firman perabih nasi goreng Mexico dia.
Pakkkk....Tiba-tiba blackout kedai Mak Cik Ketum.Terdengar bunyi kucing menjerit kerana takut gelap.
Selang 5 minit.
Pakkk.... Ada balik lampu di kedai Mak Cik Ketum.
Tetapi terjadi perkara yang pelik,kenapa tiba-tiba nasi Firman yang dah nak habis tadi penuh balik nasi dia sedangkan nasi Redzal yang banyak tadi terus licin seperti telah dibasuh pakai Axion berserta Downy 4X.
Kehairanan dan ketakjuban mereka berdua akan hal itu.Apa yang telah terjadi sewaktu gelap tadi.Adakah wujud pekerja SPR makan bersama mereka sebentar tadi?
Malam itu mereka pulang kehairanan dan gagal mencar jawapan terbaik dan logik akal.

.........................
TAMAT.

No comments:

Post a Comment