Followers

Monday 6 May 2013

PRU 13

KESAL DENGAN PENIPUAN.


Itu yang mampu aku ungkapkan dengan peristiwa semalam.
Nampaknya usahA BERSIH untuk membersihkan pilihanraya Malaysia bukannya semakin bersih malah bertambah kotor.
Memang pada jangkaan aku PR akan menang pilihanraya kali ini.
Tapi hati kecik aku merasakan dengan keyakinan yang terlalu yakin ni akan membuahkan hasil sebaliknya.
Ternyata terjadi jugak keputusan yang aku sendiri dan kawan-kawan semua tidak mahu.

Kenapa hati kecik aku berkata begitu? Kerana aku melihat situasi Kedah pada waktu dahulu ketika mana mereka terlalu yakin PAS akan menang di kedah dengan menggunakan slogan 'pakat pakat kalih'.
Akhirnya kedah tewas pilihanraya kali itu.

Kali ini aku bertambah kecewa negeri kita Kedah tewas kepada BN.
Bukanya aku hendak mengata.
Tapi aku agak perasan dengan kesombongan Ustaz Azizan dalam mentadbir kerjaaan.
Mungkin ini diantara sebab kekalahan Pas di kedah.
Nasib KUIN aku harap tidak teraniaya nanti ni.
Nasib aku di sini pun aku harap begitu jua.
Nasib rakyat kedah juga aku harap tidak teraniaya.

Tapi tahniah kepada negeri alip,sharip dan azman menang sekali lagi di Selangor.Tak lupa juga kepada negeri eek,syapik,lan dan abu Pulau Pinang sekali lagi PR menjadi harapan rakyat untuk mentadbir negeri.

Aku rasakan sudah tiba masa kita untuk cuba berjinak-jinak dengan perjuangan PAS ini.
Tak perlu lagi kita setakat menjadi penyokong dan pemerhati perjuangan orang lain.
Memang tak semua akan menjadi atasan.
Namun aku cukup bangga kalau seorang dua dari kita mampu menjadi calon PAS suatu hari nanti.
Kita buat sekadar termampu kita.
Medan dakwah itu besar.
Ikutkan aku,aku hanya ingin berdakwah bersama jemaah tabligh sahaja.
Tapi teringat cerita kawan aku yang menceritakan bagaimana kawan dia pergi berjumpa seorang maulana di India.
"Tuan,bagaimana dengan di Malaysia tuan?Perlu tak saya mengambil bahagian dalam menuntut negara Islam yang sebenar di sana?
"Silakan.Kerana mereka juga ingin perjuangkan Islam yang sama kita ingin perjuangkan.Niat mereka sama dengan kita,cuma cara kita dan mereka agak berbeza"

Aku harapkan PRU 14 yang bakal menjelma kita lebih matang dan steady.
Kerana waktu itu kita semakin matang.Fikiran semakin mantap.
Kita mula dari sekarang bukan tunggu nak perang baru kita bermula.


TAKBIR!!

*aku menulis dalam mood seorang pejuang yang kecewa

1 comment:

  1. i luve u naeem.. semoga ISLAM mentadbir dunia suatu hari nnti.

    ReplyDelete