Followers

Saturday 22 June 2013

Media Massa yang Bias

Bismillah..
mungkin ramai kawan yang berada di rumah berkesempatan menonton televisyen siaran tv3 jam 8pm bertarikh 21.6.2013 atau mendapat maklumat daripada media massa samaada internet mahupun surat khabar tentang keter'lelap'an menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim ketika sidang media baru-baru ini.

Pada pandangan saya, perihal ini menunjukkan kecenderungan media massa kepada sebelah pihak dan ketidakadian mereka dalam menjalankan tugas mereka sebagai penyiar berita utama kepada masyarakat umum. Bukankah perihal seperti itu membuka aib dan menjatuhkan maruah seseorang, apa ntah lagi seseorang yang mempunyai jawatan yang besar dan pengaruh yang kuat seperti dia. Sebab itu Islam mewajibkan umatnya untuk menjaga aib seseorang kerana ia mempunyai kelebihan dan ganjaran yang sangat besar seperti sabda Nabi Muhammad SAW : “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah SWT menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat." Dalam hadis yang lain ada menyebut : “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat.” Begitulah betapa prihatinnya Islam dalam menjaga kepribadian seseorang yang bergelar muslim.

Pada fikiran saya, sebagai negara Islam, Malaysia (laa katakan), pada era globalisasi dan negara-negara yang bergelonjak ini, media arus perdana seharusnya memainkan peranan mereka dengan sewajarnya dan bertindak sebagai wasatiyyah seperti mana yang telah diwar-warkan oleh perdana menteri kita haji Najib dan tidak berbias kepada suatu pihak. Bukankah di sana terdapat pelbagai isu ummah yang boleh diselitkan selain isu pengaiban seperti isu tentang perjuangan saudara-saudara seislam kita yang menentang pemimpin diktator mereka yang berkukukan besi seperti di syria, isu palestin yang sedang berusaha merampas semula hak mereka yang telah dizalimi dengan sekian begitu lama oleh rejim zionis, isu tentang usaha pembangkang pengaruh kuat Mubarak untuk menjatuhkan kepimpinan Dato' Morsi di Mesir, ataupun isu turki yang mana puak sekular memberontak untuk menjatuhkan Erdogan yang mana protes ini sama sekali tidak sama dengan kebangkitan rakyat Mesir, Syria, Libya dan sebagainya. Ok, fokus kepada negara kita sendiri, banyak isu yang boleh dimuatnaikkan di dalam media massa seperti isu syiah yang semakin berleluasa di dalam negara kita ini terutama di Kedah, isu jerebu yang semakin membimbangkan rakyat, isu perhimpunan blackout 505 di Padang Merbok, isu ketidakadilan badan bukan kerajaan seperti SPR, dan sebagainya.

Masalah keterlelapan yang telah disiarkan itu pada fikiran saya telah menjumudkan pemikiran rakyat terhadap masalah kecil yang tidak patut diperbesarkan oleh mana-mana pihak dan seterusnya akan menyebabkan rakyat Malaysia berfikiran cetek dan tidak berpengetahuan luas dalam isu-isu yang besar. Bukankah Malaysia mahu melahirkan masyarakat yang profesional setanding dengan negara-negara barat? Seharusnya media massalah yang memainkan peranan yang besar ini. Begitulah serba sedikit pengetahuan tentang arus perdana media massa kita yang semakin lama semakin mendapat kritikan oleh rakyat. 
WaAllahua'lam.

No comments:

Post a Comment