Followers

Saturday 22 June 2013

Reunion JASAPOWER 2010 di Cairo


Alhamdulillah semua berlaku seperti yang dirancang.
Reunion untuk ahli JASAPOWER 2010 yang menetap di sekitar Kaherah berjaya dilaksanakan dengan komitmen yang jitu dari semua ahli termasuk tuan Presiden.

Berikut sedikit sebanyak jadual pelaksanaan program:


6:00 PETANG : Semua ahli JASA sudah keluar dari rumah masing-masing. Aku kali ini segak berjubah dan rambut sikat tepi melambangkan keperibadian Tuan Presiden.
Aku turun bawah untuk pergi ke motor Vespa milik abang aku dan aku terlihat Sarep sudah siap duduk menunggu aku di motor sambil bersembang dengan salah seorang Jemaah Tabligh katanya.Aku terfikir mungkin Sarep nak keluar 40 hari ni,cantiklah aku dah ada rakan seperjuangan bersama.
Aku bawak keluar henpone canggih aku kegilaan ramai manusia di alam ini iaitu Xperia X8  sambil menekan screen mencari contact Syazlan Mesir.Jumpa dan terus aku talipon menyatakan kepada beliau kata kami akan terus mengambil beliau di hadapan Rumah Penang di Haiyyu Sabiek.Arahan diterima dengan sempurna dan dijawab dengan Yes oleh pihak Syazlan.Aku terus memecut laju Vespa abang aku sambil Sarep peluk aku di belakang.(bohong ja ni hampa jangan percaya pulak).



6:35 PETANG : Aku sampai di depan Rumah Penang dengan Sarep.Sesampainya terus aku talipon Syazlan kata aku dah sampai bawah dan aku sempat suruh dia bawak makanan sekali turun bersama beda buat makan sambil-sambil.Sementara menunggu,aku suruh Sarep talipon Azman dan Abu tanya depa ada kat mana. ''Ana ondeway ni Naeem, dengar tak bunyi angin ni? dengar tak?" jelas Azman dalam suara yang kurang jelas disebabkan bunyi angin sama.Aku membayangkan Azman tidak buat-buat bunyi angin itu dengan kipas dalam rumahnya.Syazlan turun dengan baju jasa maroon yang aku buat dulu,bangga gila aku melihat baju itu masih dibawa oleh ahli JASA kemana jua mereka berada.Habis perbualan sebentar kami bertiga,terus kami rabat bertiga pergi ke Haiyyu Thamin dengan motor Vespa yang power rangers ini. Untuk pengetahuan ini adalah gaya hidup biasa warga Mesir naik 3 sekaligus satu moto.Kalau boleh 8 orang,8 orang sekaligus satu motor dan boleh lalu depan polis dengan muka selamber dan tenang.




7:00 MALAM :Singgah sebentar untuk sembahyang maghrib di Masjid Madinah Munawwarah di Haiyyu Sabiek.Sebenarnya masjid ini untuk Markaz Tabligh bagi pelajar sahaja.Saja aku nak abaq hampa semua kata Tabligh top di sini... hahahaha




7:30 MALAM : Selesai solat Maghrib, kami terus bergegas sambil sembang-sembang di atas motor dalam perjalanan menuju ke tempat pertemuan di hadapan kedai rangkaian telefon MOBINIL.Sampai depan kedai,kami lihat Azman dan Abu dah dalam kedai MOBINIL sedang menyelesaikan masalah Brodband Azman yang bermasalah seperti tuannya.Macam biasa aku jumpa Azman,aku akan salam peluk melambangkan persahabatan akrab kami berdua.Sembang sat dan terus kami ke kedai makanan nasi arab Hadramaut yang berdekatan saja di kawasan itu.




8:11 MALAM : Kami melabuhkan pungkok masing-masing di kerusi yang disediakan.Hasil perbincangan sebentar kami memesan 2 nasi mandi ayam rubuk dan 3 nasi kabsah ayam rubuk untuk dinikmati waktu itu.Tenang gila aku lihat Azman order nasi dalam bahasa arab sambil menunjukkan kemahiran yang power seperti bermain PES sehingga Abu kalah teruk.
Kami bersembang serba sedikit tentang pengalaman di Mesir sekarang ini dengan Azman menceritakan pangalaman beliau ketika kali pertama hendak ke kuliah.Aku harap Azman akan tulis dalam blog tentang cerita itu,kalau tak tulis aku nak tumbuk pala Azman.. hahaha.
Sambil itu aku cuba selitkan sedikit cerita berkenaan demontrasi yang bakal berlaku sekali lagi di Mesir dalam cubaan rakyat Mesir yang agak bangang dalam usaha untuk menjatuhkan Dr. Morsi pada 30 JUN 2013 ini.Kalau teruk boleh la kami balik free.. kahakahakahahkahkah... Tapi dalam hati risau juga kalau kerajaaan Malaysia buat teruk tak mau hantaq terus pelajar Azhar di sini termasuk kami.

Makanan sampai dan kami terus shoot beberapa gambar buat kenangan yang manis ini.Ketika sudah hampir selesai makan,Abu bisik kat aku kata dia lapaq lagi, aku sebagai Presiden yang prihatin terus bagi nasi kabsah aku kat Abu.Abu terus mengalirkan air mata tanda terharu dengan aku.Poyo gila Abu Imam ni.


Sesudah itu Azman terus bagi alasan bernas untuk kami lepak pulak di kedai Jus yang berdekatan disitu.Kami dengan tenang menerima idea bernas dari bekas oder Komander Unit Amal ni.


Sampai kedai Jus kami cari meja untuk kami lepak di situ sambil terus bersembang tentang kenangan lama dan perancangan yang bakal dilaksanakan untuk JASAPOWER 2010 yang akan datang nanti ni. Jus kena order baru boleh duduk lama.Aku dengan Lan order Jus Tembikai Susu,Sarep dengan Azman Jus Manggo dan Sabu dengan air speselnya Ayaq Boreo Coklat.Bila sampai saja ayaq yang dipesan Abu terus minum cepat ayaq dia.Hare betoi Abu ni kata aku kepada Abu sebab minum cepat ayaq dia tak mau bagi orang lain minum ayaq dia.Kantoi gila abu dengan aku................ hahahahahaha............



Sembang kami terus rancak apabila masuk kepada semua topik termasuk cerita kawan-kawan di Malaysia,guru-guru di SMIDU dan segala yang berkaitan dengan Malaysia.Dan aku sempat juga melantik Azman menjadi Exco Pelancongan bagi kami yang bergerak di Mesir ini.


Nak duduk lama-lama pon terok jugak sebab kesian tengok ada family arab yang nak minum di situ tak ada meja dan kerusi.jadi kami dengan penuh kebudian kemelayuan kami mempersilakan mereka duduk di tempat kami.


Selesai perkara tersebut kami memutuskan menangguhkan Reunion JASAPOWER 2010 kami di situ sahaja.




10:00 MALAM : Kami bersurai dengan salam peluk sekali lagi menandakan tamatnya program kami.



*Benar ukhuwah yang terjalin atas persahabatan yang ikhlas dan lawak bakal menjelmakan sebuah kenangan yang indah dan manis dan sedap*


Sekian dari kami JASAPOWER 2010 MESIR.




No comments:

Post a Comment