Followers

Friday 21 June 2013

Pandangan Seorang Presiden

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua...

Dengan lafaz Bismillah saya akan memulakan tulisan blog dari saya setelah agak berapa bulan saya kematian idea sehingga nak mampus.Kematian idea saya juga memberi infek kepada FB saya sehingga saya tak tau nak tulis status apa kat wall FB aku.. hahaha..


JASA 2010 POWER singkatan dari Persatuan Jemaah Thalis Thanawi 2010 yang Power diasaskan sewaktu kita mula menjejakkan langkah ke alam 3thanawi di sekolah lejen Darul Ulum.Mempunyai penasihat yang hebat dalam arena perjuangan PAS iaitu Ustazah Siti Mekiah binti Shamsuddin seterusnya diketuai oleh orang yang berpengaruh dan power di SMIDU dan Derga iaitu Saudara Muhammad Naeem bin Basharudin sememangnya JASA 2010 menjadi organisasi yang disegani kawan dan digeruni lawan dan haiwan buas.Kemudiannya ahli jasa yang semuannya hensem dan taff dan berkarisma dan ada gaya tersendiri.Dimulai oleh akhi Hatim yang pakar dalam penulisan dan kawad kaki,seterusnya Lokman atau lebih feymes sebagai Azman yang juga pakar dalam kawad kaki dan ucapan yang mampu memberi semangat juang kepada sesiapa yang mendengar,kemudian Syarip yang tenang di dalam kelas dan Ketua Pelajar bagi budak Smidu tahun itu,kemudian akhi Zikri merangkap Presiden MPM bagi pelajar KIDU,next Marzuq yang selalu rambutnya terpacak melambangkan keberanian seorang lelaki katanya dan pakar membawak kereta tapi selalu kalah,kemudian nama besar di KIDU sekarang ini Syafik taff selaku pakar gamers dan pakar gelecek bola seperti Ronaldo dan terakhir di barisan hadapan dalam kelas saudara Abu atau Sabu yang bijak dalam perniagaan seperti idolanya akhyar omar. Seterusnya barisan belakang dimulai oleh saudara Alif  Aiman Khan yang mempunyai motor RXZ kegilaan ramai rempit,kemudianya saudara Hadi Dali yang punya kelebihan dalm berdebat sehingga aku pun kalah,seterusnya Fikri atau Eek yang mempunyai adik yang cun seperti bulan dan seterusnya Khalil yang kekal ranking penguasaan number 1 dan 2 dalam kelas dan juga peminat Liverpool tegar dan Torres.Kemudiannya nama yang semakin meningkat naik di Pulau Pinang sekarang ini iaitu akhi Syazlan Sazali dan seorang lagi yang saya hampir lupa saudara Solihen ataupun nama feymesnya MSR yang ada ex5 merah yang laju mengalahkan kbj 3049,dan seorang lagi Mahasiswa Jordan waktu ini saudara Ahlul yang berbadan tegap dan ketul-ketul.Yang perempuan aku malas nak ulas sebab persatuan hanya sekadar nama sahaja dan saya taktau mereka masih aktif ataupon tidak waktu ini.


Tentang usul yang dikeluarkan baru ini dari saudara Hadi ,Zikri dan Khalelullah tentang cadangan rm100 setiap seorang dikeluarkan untuk ahli yang akan berkahwin, saya bersetuju dan cadangan saya bilamana sudah tetap ahli tersebut nak berkahwin,ahli tersebut perlu membuat surat perjanjian  untuk semua ahli supaya mendatangani surat perjajnjian sebagai wasilah ataupun perjajnjian untuk semua ahli agar tidak boleh lari.. hahaha.. Dan kerja buat surat perjajnjian ini perlulah dibuat oleh ahli yang paling mula sekali berkahwin.Kenapa? sebabnya ialah dah hang kawen paling awal hang buat laaa.Nampak jawapan mudah dan ringkas dan power rangers.Dan pengumuman kata nak berkahwen perlu dibuat dibuat awal yakni 3 bulan sebelum berkahwen.Okey tak ni??


Terus kepada pandangan saya yang kedua.Memandangkan Jasa 2010 ada membuat reunion bertempat di rumah sewa hadi dan alip baru ini,saya berasa bangga dan terharu kerana reunion itu berjaya dengan cemerlang.Saya berpandangan reunion ini perlu dibuat setiap tahun akan tetapi saya khuatiri dan takuti sekarang ini ahli kita semakin berpecah merata pergi merata tempat dengan cita-cita hidup masing-masing dan ini semakin menyukarkan reunion Jasa 2010 ini berlangsung.Rasanya memang susah dah untuk kita membuat Reunion ni memandangkan ahli duduk merata.Dan ahli paling ramai rasanya pada tahun akan datang adalah di Mesir dengan sekarang ini sudah ada saya sendiri,abu,syazlan,sarep dan azman terer PES dan INSYAALLAH akan dihadiri lagi 3 orang iaitu soliheen,fikri dan Marzuq. dan keseluruhan bakal berjumlah 8 orang semuanya.Jadi rasanya INSYAALLAH kami di sini akan terus membuat reunion tapi secara kecilan sahaja.Jadi pandangan saya Reunion ini memang sukar dilaksanakan setiap tahun secara sempurna.Untuk maklumat kami di sini akan membuat reunion pada esok hari di kedai Hadramaut iaitu kedai makanan nasi mandi di sini.



Seterusnya saya berharap blog ini digunakan sebaiknya jangan sampai tak ada berguna langsung.Tulis pi lah apapon walaupun merapu tak tentu arah.Saya menulis ni pon sebab dah lama tak menulis di sini dan tak ingin blog ini sunyi dari ahli kita.


Sekian Salam Jumaat dari saya Presiden JASA 2010 POWER hahahahahaha...



*BIAR JASA JADI KENANGAN*




No comments:

Post a Comment