Followers

Thursday 20 July 2017

Riba

Riba bermaksud lebihan. Iaitu seperti kita maklum meletakkan 'interest' dalam suatu pinjaman.

Allah melarang keras perbuatan terkutuk ini di dalam Surah Al-Imran : 130 dan Surah Al-Baqarah : 275

Terdapat 2 jenis larangan riba :

1)  Riba al-Duyun, iaitu riba dalam pinjaman dan ia terbahagi kepada 2 :
         
                   (i)  Riba al-Qard - meletakkan interest pada suatu pinjaman sepertimana yang telah        
                                                 dipersetujui bersama.

                   (ii) Riba al-Jahiliyah - interest dikenakan kepada peminjam jika lambat bayar dan
                                                       gagal untuk membayar

Sebagai contoh A memberi hutang kepada B sebanyak RM500, dan meletakkan syarat dengan bayaran semula sebanyak RM800. Maka lebihan RM300 itulah yang dinamakan riba.


2)  Riba al-Buyu', iaitu menukar barang ribawi sesama barang ribawi yang berbeza kuantiti, kualiti
     dan bukan pada masa yang sama. Barang ribawi tersebut ; emas, perak, gandum, barli, kurma dan
     garam. Ia juga terbahagi kepada 2 :

                   (i)  Riba al-Fadl - perbezaan dari segi berat, kadar, dan kuantiti.

                   (ii) Riba al-Nasi'ah - perbezaan dari segi masa (bukan by-hand)

Sebagai contoh jika barang ribawi yang sama jenis, seperti emas dengan emas, maka ia hendaklah ditukar dengan berat, kadar, dan kuantiti yang sama dan mestilah berlaku pada satu masa (by-hand), pembelian secara online tak boleh kerana bukan pada satu masa. Jika tidak, ia akan dikira sebagai riba.

Tetapi jika jenis yang berlainan, seperti emas dengan perak, maka ia hendaklah berlaku dalam satu masa meskipun berlainan kualiti dan kuantitinya. Jika ia berlaku pada waktu yang berbeza seperti online, maka ia akan menjadi riba.



#Penerangan ringkas berkaitan riba

No comments:

Post a Comment